Sunday, March 20, 2011

RYAN GIGGS LAGI....

harrazdani : sempena genap 20 tahun ryan giggs bersama MU...gambar ini diambil pada 2 MAC 1991 penampilan pertama giggs di old trafford. kalau kita lihat dalam gambar tersebut telah banyak berlaku perubahan dalam masa 20 tahun ini...terutamanya stadium old trafford sendiri..kalau kita tengok tempat duduk penonton dibelakangnya separuh sahaja, lebih kurang stadium bola sepak cheras jer...tp sekarang di kawasan sekitarnya terutamanya bandaraya Manchester merupakan tumpuan pelabur hartanah dan pembinaan yang terunggul di UK.

perubahan ketara yang kita boleh lihat lagi adalah jersi yang dipakai oleh pemain tidak se"rugged' sekarang. jersi era abad ke 20 semuanya fit..tak macam dulu.baju labuh sampai ke peha..

tetapi bagi saya dan seluruh peminat Man United adalah susuk tubuh individu di dalam gambar ini tidak pernah berubah dari segi semangat, skill, kesungguhan, keterampilan sememangnya dicemburui oleh sesiapa sahaja yang bergiat dalam sukan ini. tidak pernah menerima kad merah sepanjang kariernya bersama united dan melengkapkan penampilannya yang ke 606 termasuk lawan bolton sebentar tadi (MU 1 - BOL 0 ) dalam  BPL dan  862 penampilan di semua peringkat bersama Man United membuktikan beliau layak di letakkan sebaris bersama lagenda Man United lain.

saya berharap satu hari nanti ada pemain malaysia yang sehebat beliau.

No comments: