Tuesday, April 19, 2011

The Most Beautiful Asmaul Husna (Dr. Ary Ginanjar)



Dalam hidup kita kadang-kadang ada suatu masa kita akan rasa terlalu sunyi dan terlalu sedih..tetapi kita lupa, kesedihan dan kesunyian itulah yang mendekatkan diri kita padaNYA. kadangkala kesusahan itulah yang semakin merapatkan diri kita padaNYA.

 "la tahzan innallah hama'na" jgn bersedih sesungguhnya allah bersama kita" kata-kata yang diucapkan oleh nabi Muhammad SAW kepada sahabatnya Abu Bakar dalam perjalanan hijrahnya ke Madinah. dikala mereka berdua dikejar oleh pihak kafir quraisy.

Abu Bakar yang cemas dengan keselamatan Nabi Muhammad SAW, sekejap dia berjalan di depan Rasulullah dan sekejap dia berjalan di belakangnya, sekejap di kiri dan sekejap di kanan. Rasulullah pada masa itu sedang khusuk membaca al-quran.

akhirnya Rasulullah bertanya Abu Bakar, "wahai Abu Bakar, kenapa kamu sampai begini?"

Abu Bakar berkata " kadang-kadang aku takut mereka datang dari depan, jadi aku ke depan, kadang-kadang aku terasa mereka datang dari belakang, jadi aku kebelakang, begitu juga kadang - kadang aku rasa dari kanan, jadi aku kekanan, kadang-kadang aku rasa dr kiri, jadi aku pun ke kiri pula.

ketika itulah Rasulullah berkata " wahai Abu Bakar, sesungguhnya allah bersama kita"

pada ketika itu barulah Abu Bakar tenang. sampai suatu masa, Abu Bakar dapat merasakan ada orang berkuda sedang mengejar mereka dari belakang, semakin lama semakin dekat. Abu Bakar semakin cemas. Abu Bakar memberitahu kepada Rasulullah, tetapi Rasulullah tidak menoleh pun, beliau terus khusyuk membaca membaca al-quran. Akhirnya orang itu iaitu Suraqah bin malik semakin dekat dan sampai jarak yang dia dapat memanah mereka. Abu Bakar semakin cemas.

dia memberitahu Rasulullah " wahai Rasulullah , dia sudah dekat, kalau dia memanah tentu sampai kepada kita." pada masa itu Rasulullah berdoa, "ya Allah, selamatkan kami daripadanya dengan cara yang kamu mahu" tanpa menoleh ke belakang, Rasulullah terus khusyuk membaca al-quran,

tiba-tiba kaki kuda Suraqah terbenam ke tanah dan Suraqah jatuh dari kudanya, itulah kali pertama Suraqah jatuh daripada kudanya. dia adalah pakar menunggang kuda. selepas itu, Suraqah mengejar lagi, apabila semakin hampir beliau dengan Rasulullah, kaki kudanya terbenam lagi dan beliau jatuh sekali lagi. Suraqah merasa pelik mengapa beliau jatuh.

dia bangun dan mengejar lagi Rasulullah, tetapi Suraqah jatuh lagi buat kali ketiga. pada masa itu barulah Suraqah sedar bahawa beliau tidak mungkin dapat mengejar Rasulullah dan Abu Bakar.

Datang rasa takut pada diri Suraqah, akhirnya dia menjerit minta keamanan daripada Rasulullah. Rasulullah berpaling ke belakang dan bertanya " siapa kamu?" katanya " aku Suraqah bin Malik"....

Rasulullah telah memberi keamanan kepada Suraqah...

Iktibar yang boleh kita ambil ialah kita perlu menyerahkan segala ketentuan kepada allah selepas kita telah berusaha. bertawakkallah, jika allah telah menetapkan kebahagian dan rezeki kepada kita tiada satu tangan pun yang boleh menahannya, dan jika allah tidak memberi kebahagian dan rezeki kepada kita maka tiada mana-mana tangan pun yang boleh menghulurnya. Sesungguhnya padaNYA kita serahkan segalanya.

No comments: