Thursday, May 26, 2011

'fikir banyak kali'


 
Alhamdulillah sekurang-kurangnya harga minyak RON 95 tidak dinaikkan untuk sementara waktu...saya ulang untuk sementara waktu. Ternyata entry saya sebelum ini meleset, mungkin sama seperti kebanyakan rakyat Malaysia yang lain. Terima kasih kepada kerajaan, walaupun mungkin bersifat sementara namun ia amat tinggi nilai kesyukurannya kepada seluruh rakyat marhaein seperti saya ini.

Namun apa yang nak saya sampaikan disini, mengapa ia ditangguhkan?, adakah minyak dunia semakin turun nilainya, alasan yang diberi oleh kerajaan kerana memikirkan kemaslahatan dan kepentingan rakyat. Tetapi adakah tahun 2008 apabila minyak naik mencanak kepada RM2.70 seliter perasaan itu tiada dalam hati para pemimpin negara ini? . walaupun pihak Kerajaan menafikan penangguhan itu atas dasar faktor-faktor politik bagi saya ia tidak benar sama sekali.

Apapun syabas kepada kerajaan, apa yang baik kita setuju. tetapi setuju tak  bermakna setuju seratus peratus setuju, "sokong ikut tajuk". kadang-kadang terlintas difikiran, tentang sesebuah negara perlunya satu parti pembangkang yang kuat...kerana dengan adanya  mereka pihak kerajaan tidak sewenang-wenangnya membuat sebarang keputusan berkaitan hal yang bersangkutan dengan kepentingan rakyat. Bukan seperti apa yang berlaku 2008 selepas mereka menang besar dalam pilihanraya, harga minyak dari RM 1.92 naik mencanak kepada RM 2.70 seliter. ...'at least sekarang ni fikir sepuluh kali beb'

7 comments:

ejulz said...

alhamdulillah x naek..

✿INA AINAA✿ said...

Alhamdulillah!!!

liyana said...

Alhamdulillah..
hmm ade mksud yg tersurat n tersirat rasenye

arituarini said...

bro..sangkaan kita tk meleset..tp sangkaan kerajaan yg meleset..dia ingt tk heboh sgt..skali jd mcm jom heboh daa...kekekeke

Anonymous said...

aku dr dulu harap tahap gaji rakyat malaysia ni meningkat

tu sebab utama sebab kos meningkat mendadak tp gaji mcm tahun mak bapak kita gak

harrazdani said...

ejulz : alhamdulillah
LA : alhamdulillah
liyana ; sudah semestinya...;-)
arul : dia ingat zaman angguk2 lg kot skrg..huhuh
aimi : gaji sama ngan bapa dan ibu kita, tp kos sara hidp dah tak sama...huhuh.mcm ni laaa

Ezad Skytech said...

walaupun minyak naik cuma beberapa sen... tapi memang terasa juga la sebab hari2 guna...