Saturday, May 21, 2011

"jangan sampai betul mayat kita dilangkah"



Apabila tengok dalam berita dan surat khabar hari ini, satu kumpulan berdemo dalam memperjuangkan hak-hak mereka yang dikatakan sering dipertikaikan dan dihina, sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan "langkah mayat kami dahulu". Saya terfikir sejenak, sejauh mana tahap keseriusan hal ini, dan jika benar apa yang didakwa maka  sungguh rugi rakyat malaysia pada hari ini, dan jika ianya tidak benar saya anggap kumpulan ini sebagai opportunis (hanya pendapat saya). dalam entry ini, saya labelkan kita sebagai seluruh rakyat Malaysia berbilang kaum.

Ape pun, kita harus kembali kepada sejarah bagaimana kita mencapai kemerdekaan. Semasa kita berhadapan dengan musuh yang ganas dan kejam iaitu komunis. kita juga dalam masa yang sama ingin pihak British memberi kemerdekaan kepada kita.  Apabila kita berbicara tentang kemerdekaan dicapai dengan sumbangan semua pihak, kita mesti akur semua kaum bukan sahaja melayu, kaum lain juga berjuang menetang komunis bersama-sama, dan bergabung dalam satu bentuk parti perikatan iaitu UMNO, MCA dan MIC bagi membuktikan kepada British tentang kesepaduan dan kita menolak sepenuhnya keganasan pada waktu itu.

Sungguh hebat kesepaduan kita pada waktu itu bukan?, dan hari ini mungkin dilihat sedikit goyah dan rapuh....mengapa ? bagi saya sebab masing-masing nak tunjuk hero...bagi saya demo-demo sebegini bukan membuatkan kita lebih bersatu, tetapi akan membuatkan kita lebih menaruh kecurigaan dan buruk sangka antara satu sama lain. oleh itu saya akhiri dengan ucapan 'jangan sampai betul  mayat kita dilangkah'...bersatupadulah....

6 comments:

ArulchelseA said...

Perkosa tk de otak tu bro..hahaha,.,

ArulchelseA said...

skrang rapuh sbb mkin bnyk fitnah dari meloya bro..api perkauman kuat..

harrazdani said...

arul....mcm tu lah kadang-kadang kita terfikir mengapa keadaan ini wujud dan semakin membara....

ArulchelseA said...

tu namanya meloya dan perkasa tk de keja batu nak digalasnya bro..haha,,

Ain Atika Zailani said...

hmm betul tu...setuju sangat...masing masing nak tunjuk poyo ler tu...panggil polis semua lari jugak!! ceeiiitt!! ape salanya bermesra mesra...hmm hakikatnya mmg ssh nk pupuk persepaduan.

kokser kokdam said...

nk brsatu pon jd isu gak bro..

"kau nk baik ngan aku, kau kne ikut aku.."

ehee.. bakali jah kot..

tp et lis, dapat msuk paper.. ahaha

=D