Assalamualaikum dan salam sejahtera, bermula tengah malam ini harga RON 97 akan diturunkan sebanyak sepuluh sen menjadi RM 2.80. penurunan ini katanya berpunca daripada penurunan harga minyak dunia semenjak harga minyak RON 97 diapungkan mengikut harga minyak antarabangsa. Syukurlah walaupun tak banyak tetapi sedikit sebanyak ianya memberi kesan yang baik kepada ekonomi Negara.
Walaubagaimanapun jika difikirkan adakaha penurunan ini akan mempengaruhi harga barangan keperluan lain yang naik selari dengan kenaikan harga minyak yang lalu. Saya tak pernah dengar lagi harga segelas teh tarik diturunkan atau nasi lemak diturunkan kerana harga minyak telah turun...time minyak naik peniaga akan memberi alasan untuk menaikkan harga kerana faktor tersebut tetapi jika berlaku sebaliknya mereka hanya mendiamkan diri.
Kesimpulannya saya berpendapat walaupun kerajaan menurunkan harga minyak pun selepas ini, kesan sampingan disebabkan kenaikannya akan ditanggung oleh rakyat selamanya. oleh itu sebelum melaksanakan sesuatu keputusan yang melibatkan implikasi kenaikan harga barang haruslah melakukan kajian secara mendalam.
10 comments:
oh sy kai ron 95
betol tu..kerajaan kena pastikan kalo kenaikan minyk boleh menyebabkan leperlain juga naik..so, perlu kuat kuasakan tntg undng2 berkaitan dengan keperlain tidak perlu dinaikkan harga
tanda2 pru13 mkin hampir tu..kih kih kih...turun minyk pun BERSIH ttap jalan trus..
harga barang2 confirm x leh nak turun dah...
naik 40sen turun 10sen.. pasni naik pulok 20 30sen.. pah turn 5 sen.. hahahaha..
timo kasih krajae
asyik naik harga je barang sekarang.. nak beli aiskrim pun da mahal..ni kan pulak brg2 dapur..lg byk naik
sat naik sat turun..
baik naik je terus sampai rm3..:D
setuju~~huhuhu
minyak turun tapi harga barang tak turun
formula kimia yang mudah dihafal hehe
Good point..
Nanti harga minyak naik balik harga barang pon naik...
Naik lagi haishh...huhuhu
Post a Comment