Belajar rajin-rajin yer nanti dah besar boleh jadi orang hebat....kata-kata yang selalu bermain dibibir seorang insan bergelar abah. tetapi sekarang apabila kesemua anak sudah berjaya tiada seorang pun disisi beliau. Semuanya membawa haluan masing-masing kerana tuntutan kerja sebagai memenuhi kehendak abah agar anak-anaknya menjadi orang yang hebat. Tetiba saya terfikir semakin kita pandai semakin jauh kita dengan ibu bapa kita, jauh dari segi jarak tetapi dihati sentiasa dekat. Dahulunya rumah riuh dengan hilai tawa anak-anak sekarang sunyi sepi...yang kedengaran hanya bunyi cengkerik dan detik jam di dinding.
Apakah agaknya yang bermain difikiran abah di saat ini, kalaulah boleh diubah masa kembali di masa lalu, mungkinkah abah akan berkata tak payah laa belajar.. nanti semua boleh duduk ngan abah...mustahil seorang abah akan berkata sedemikian kan ?...namun hari ini abah sudah semakin tua, mugkin apa yang diharapkan hanya kebahagian anak-anaknya di dunia dan di akhirat. SELAMAT HARI ABAH..
16 comments:
harapan besar insan tersayang!!
hi..i have just followed your blog..you have nice blog here and i hope you can follow my blog too..will be waiting for you on my blog :-)
oh~~terpaksa like sebab entry2 mcm ni mmg cepat menyentuh perasaan..huhu. miss family...
wooo.. kene kerap balik umah pasni..
dulu aku de cipta lagu berunsurkan ni..
kdg2 kita cepat lupa..
nilah fenomena yang sedang berlaku..ayah rindu kat kita tapi kita plak wat2 x rindu..apakah itu..
sedih dihati bila mengenangkan ayah bermodalkan kenangan silam untuk merawat kerinduan ayah..x sanggup aku bayangkan
Zaman dah berubah....
Naik basikal ke Mekah
walau apa pun yg abah lakukan,sy tetap syg dia..
walau kesalahn yg dilakukakn,sy tetap menerimanya..
sekarang..org lebih rindukan gf/bf bila berjauhan berbanding rindukan keluarga.. hurmm..
nmpk jelas sebnarnya nmpk jelas kegembraan ayh bile kite call dy dri jauh.. bkn sush nk buat seorg ayh gmbira..tp berapa rmai yg sggup wat ayh gmbira
cikgu aku pernah menasihati sorang ibu. dia cakap, "janganlah anak yang kurang pandai ni diherdik dan dibandingbeza dengan adik beradik yang lain.
mungkin anak yang pandai2 ni akan meninggalkan kita satu hari nanti. dan anak yang kurang pandai nilah yang akan jaga kita sampai tua..."
slmt hari ayah
hanya al fatiha untuk abah aku.
ehh yeke?
sebab adam click button SURF tu pun baru je semalam,arini dah membuahkan hasil.......adam x on9 sehari pun trafik masih berjalan..
lepas ni terasa nak call ayah dan mak...semalam dah bercakap .. betul tu semakin kita dewasa semaikn kita jauh dgn depa...
entry ni buat aku rasa mcm nak balik sbh skrng jugak..:(
setiap ayah memang mahukan kejayaan anak2, cuma apa bila anak2 berjaya hanya satu keinginannya...jangan melupainya..
Post a Comment