Friday, June 17, 2011

Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional (ASN) tidak halal?



Semalam  dalam paper berita harian menyatakan Majlis Fatwa Kebangsaan berpendirian melabur dalam ASN dan ASB adalah harus, sama sekali menyanggah keputusan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali 2/2011 yang bersidang 12 April lalu yang menyatakan melabur dalam ASN dan ASB dan seumpamanya adalah tidak halal dan belum menepati hukum syarak.

Untuk makluiman hukum melabur dalam ASB dan ASN telah dibincangkan sejak tahun 2008 dan pendirian majlis fatwa diambil kira berdasarkan penjelasan daripada PNB  yang melihat dari sudut maslahat atau kepentingan umat islam secara umum dan apa yang dihadapi oleh PNB dalam proses pelaburan tersebut.

Isu yang saya nak bincangkan di sini ialah mengapa perlu ada dua pendapat yang berbeza, ada yang cakap tidak halal dan ada yang cakap harus. tidak halal dan harus sangat jauh bezanya. Bagi saya secara peribadi ASB dan ASN merupakan punca dan peluang utama kaum bumiputera di Malaysia khususnya orang islam membuat pelaburan kerana sifatnya yang mudah tunai (liquidity) dan cawangan operasinya yang luas di Malaysia ini, berbanding dengan skim pelaburan lain yang memerlukan tempoh matang tertentu seperti simpanan tetap fixed deposit dan unit trust yang kebanyakannya dimonopoli oleh kaum non muslim. Oleh kerana itu jika wujud perbezaan pendapat tentang hukum melabur dalam ASB dan ASN sedikit sebanyak ianya akan mengugat kepercayaan para pelabur yang majoritinya yang beragama islam dalam meneruskan pelaburan mereka.

Isu  ini saya lihat ia merupakan isu nasional dan sudah semestinya ianya ditangani secara nasional dan organisasi yang bidang kuasa yang lebih menyeluruh perlu dipertanggungjawabkan. Sepatutnya kedua-dua belah pihak perlu berbincang dan mencapai kata sepakat terlebih dahulu sebelum sebarang perkara berkaitan hukum dikeluarkan agar tidak diragui dan sekaligus mengelirukan masyarakat umum. Kalau benar ia tidak halal umumkan sahaja tanpa mengira kepentingan pihak-pihak yang berkepentingan dan jika ianya benar-benar harus, haruslah kita teruskan kerana melalui skim pelaburan ini telah banyak kita lihat kesan positifnya kepada ekonomi kaum bumiputera khususnya umat islam.

7 comments:

cucu umie said...

kenapa ad pencghan pendpt plak..harap2 ad pendpt yg tepat supaya kelak kalao orng melbur mereka tidak akan ragu lg

Syuxer said...

bila benda dipolitikkan, fatwa pun men tibai..sepatutnya kena bincang betul2 tanpa ambik kira kepentingan politik..

ni wat aku meluat bila benda2 gini dipolitikkan

harrazdani said...

CM : sekarang orang dah mula ragu

harrazdani said...

syuxer : sekarang kalau kita lihat politik yang mencorakkan agama bukan agama mencorakkan politik...

ArulchelseA said...

btul bro..bila politik mencorakan agam ni la jd nya...

harrazdani said...

arul : yessszaaa....banyak perkara kita boleh lihat perkara ini berlaku.

alif haris said...

a'a dgr cite cmtu la .. huhu .. ramai yg tahu kecewa ..