Friday, June 17, 2011

tips hari jumaat kepada semua blogger



Boleh ke kita mengharapkan kegagalan orang lain untuk berjaya ? saya melihat situasi ini semakin rancak diperkatakan oleh mereka-mereka yang terlibat dalam kancah perebutan tahkta Liga Super yang akan ditentukan pada 6 Julai depan. Satu pihak kononnya mengharapkan keajaiban, saya pun terfikir apakah keajaiban itu, rupa-rupanya keajaiban yang diharapkan ialah kekalahan dua pasukan teratas liga pada ketika ini.

Dan pasukan satu lagi pula tag linenya "masih mengharap", saya pun terfikir apakah harapan itu, rupa-rupanya mereka mengharapkan kekalahan pasukan teratas liga pada ketika ini. Dan sudah semestinya pasukan teratas juga mengharapkan kekalahan kedua-dua pasukan di bawahnya...saya pun terfikir, dalam mengejar sesebuah kejayaan pada hari ini bukan sahaja mengharapkan kudrat dan titik peluh sendiri tetapi juga kegagalan dan kesedihan orang lain.

Kesimpulannya, hidup ini satu perlumbaan, jika kita ketinggalan tidak mustahil ada sikap ingin melihat kekecewaan orang lain untuk dijadikan batu loncatan bagi kita memperoleh kejayaan...tetapi ingatlah kejayaan seumpama ini tidak akan ke mana dan kekalnya tidak lama. Kerana kita membina kejayaan itu di atas air mata orang lain.

9 comments:

Anonymous said...

huhu... orang busuk hati ada di mana2. jadi jagalah diri supaya kita pun tak jadi camtu...

peNulis SeNjA said...

owang skunk ni macam2 perangai huhuhuhu pelik

syuxer said...

setuju..:)

kawe kalau nak menang..biar menang cara sendiri n tok caro ngat kekalahan orang lain..just yakin pada diri sendiri..:)..

gomo kelate gomo

Anonymous said...

dalam ko berfikir
bagus2

Alif Haris said...

kejayaan yg tak diberkati xkan kekal selamanya .. tunggu je la balasannya .. huhu

Unknown said...

biasalah bro..menang kalah adat perlawanan...

arituarini said...

mcm ada lgu tu bro.."kau bina mahligai dari air mata yg jtuh berderai diwajah sepiku.." kih kih kih

muhammad iqbal hakimi bin tahir said...

jangan lah dengki mengdengki..sebaliknya jadikan kejayaan org lain sbg semangat..dan belajar dari kejayaan dorang =)

ishy77 said...

bila baca entry ni teringat kisah same....hurmmm...