Salam to all my friend, sejak dua tiga hari ni kalau korang perasan blog aku ni macam laman web kerajaan dah, semua entry pasal bajet 2012 laa, pasal SBPA laaa, kenaikan gaji laaa dan macam-macam lagi perkara berkaitan dengan Bajet 2012 yang dibentangkan baru-baru ini oleh Perdana Menteri...Sekali sekala nak try juga entry SEO ni...terkejut gak laaa aku... memang trafik masuk gila-gila...memang best, tapi tu buat sementara je sebab lama kelamaan topik ni akan sejuk dan aku pun takder laaa nak buat selalu entry macam tu...baik korang buka portal berita-berita rasmi online dan laman-laman rasmi kerajaan untuk dapatkan semua tu, lagi sahih dan kita yakini maklumat yang kita perolehi tu yeee dak...Tetapi aku yakin para bloggers termasuk aku yang masukkan info tu pun memang teliti dan confirmkan dulu kesahihan berita tu..bukan main masuk jer...
Ape pun hari ini aku nak cakap lagi soal bajet 2012 yang dibentangkan baru - baru ini, lupakan sekejap tentang pelbagai faedah dan ganjaran yang diberikan oleh kerajaan pada rakyat, aku nak korang tengok keadaan ekonomi kita selepas kita dijanjikan dengan pelbagai keistimewaan dan ganjaran yang boleh dikatakan terbaik sejak lima tahun yang lalu. sila tengok kat bawah ni.....
Di atas ni merupakan peratusan difisit yang kerajaan kita tanggung bagi lima tahun berturut-turut....difisit ni untuk bahasa mudahnya ialah lebihan perbelanjaan berbanding pendapatan.....Dalam ekonomi keadaan ini adalah amat tidak sihat sebenarnya kerana kerajaan terpaksa berhutang dan sudah semestinya setiap hutang tersebut ada bunga atau interestnya..menurut Timbalan Menteri Kewangan semalam dalam buletin utama, orang kampung aku tuu....Datuk Dr Awang Adek , beliau berkata difisit yang berpunca daripada pinjaman kerajaan untuk menjana projek -projek pembangunan negara adalah baik kerana ianya akan memberi impak yang positif kepada perkembangan ekonomi negara kita, dan ia merupakan pelaburan bagi kerajaan.
Realitinya keadaan ini bukan baik pada pandangan aku, dan aku percaya mereka juga setuju dengan aku..hahaha macam bagus sangat aku ni kan, tetapi mereka perlu tunjukkan keadaan atau situasi yang sentiasa ok..feel good kepada seluruh rakyat...jadi adakah kita mahu keadaan ini akan berterusan dan menghantui ekonomi negara kita.?? ada banyak cara sebenarnya..dan salah satu yang boleh dimainkan oleh kita semua ialah lebih bersikap realistik selepas ini...jangan terlalu mengharap dan berharap kepada kerajaan untuk membantu kita secara direct...maksud aku secara direct ni dengan kita nampak bantuan dalam bentuk tunai terus ke dalam poket kita. Dan jika kita tidak berpuas hati kita mendakwa kerajaan tidak bagus dan tidak perihatin dengan nasib kita...
Aku akui beberapa langkah kerajaan boleh dipersoalkan oleh rakyat terutamanya subsidi kepada penyedia tenaga bebas (IPP) yang tidak munasabah dan boleh dikategorikan sebagai membantu mereka yang telah kaya untuk menjadi lebih kaya, pembaziran dan beberapa projek mega yang aku tengok tidak memberi apa-apa faedahnya kepada keseluruhan rakyat. Akan tetapi kita hari ini perlu bersikap lebih realistik dan menerima dengan hati yang terbuka kerana dasar dan keputusan yang dibuat adalah diputuskan oleh sebuah entiti yang dimandatkan oleh suara majoriti...jadi kita juga perlu bersama-sama mereka untuk membantu dan membangunkan ekonomi negara yang tercinta ini, sebab aku risau kalau keadaan ini berterusan lama kelamaan ia sukar dikawal, kerana ia bukan hanya tentang diri kita pada hari ini..tetapi untuk anak cucu kita pada masa hadapan.
wassalam...
P/S : aku bukan berpihak kepada mana-mana pihak kerana aku berpegang dengan kata-kata hikmah prof HAMKA "yang kita ada..inilah harapan kita" dan dalam konteks ini korang faham-faham sendirilah yer...
2 comments:
tax naik xpatut. belanjawan macam mne bikin?
syahidi : tax patut dinaikkan utk kebaikan ekonomi tetapi perlu sesuaikan dengan pendapatan boleh guna rakyat agar tidak membebankan....
Post a Comment