Tuesday, October 11, 2011

KEBAIKAN DAN KELEBIHAN SKIM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA) | KEBAIKAN SBPA BERBANDING SSM



KEBAIKAN DAN KELEBIHAN SKIM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM | Bajet 2012 akan memperkenalkan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam atau SBPA yang akan menggantikan Sistem Saraan Malaysia atau SSM. Sesungguhnya, SBPA digubal dengan matlamat mentransformasikan Perkhidmatan Awam Malaysia supaya menjadi organisasi yang lebih dinamik, responsif dan berorientasikan prestasi. SBPA akan memperkenalkan prinsip perubahan radikal dalam pengambilan dan pengisian jawatan serta pembangunan kerjaya dengan teras pengekalan atau penamatan perkhidmatan penjawat awam berasaskan prestasi kerja. SBPA ini mempunyai elemen-elemen berikut:

Pertama: Mewujudkan Dasar Pemisah atau exit policy bagi penjawat awam yang berprestasi rendah dan mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan;

Kedua: Menambah baik struktur gaji penjawat awam melalui pembentukan gaji sebaris dengan mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam terus mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lebih lama. Dengan itu, gaji maksimum bagi sesuatu gred adalah lebih tinggi daripada sekarang. Contohnya, jika di bawah SSM, bagi seorang guru pada gred DG48, gaji maksimum adalah 6,325 ringgit dan 39 sen, kelak, di bawah SBPA, gaji maksimum beliau akan meningkat 37.7 peratus kepada 8,710 ringgit. Bagi guru bukan siswazah pula, jika di bawah SSM kini, yang berada pada gred DG34, gaji maksimum adalah 3,860 ringgit dan 52 sen, kelak nanti, di bawah SBPA ia akan meningkat 39 peratus kepada 5,370 ringgit;

Ketiga: Pada perutusan khas Hari Guru yang lalu, saya telah mengumumkan laluan kerjaya perkhidmatan perguruan siswazah yang lebih baik. Tidak perlu lagi seperti dulu, seorang guru terpaksa menunggu sehingga 20 tahun untuk naik pangkat, sebaliknya sekarang, dalam skim baru mengikut time-based, seorang guru akan mendapat gred 44 pada tahun ke-8 dan gred 48 pada tahun ke-16. Bagi guru bukan siswazah, dari gred 29 kepada 32, jika mengikut sistem time-based sekarang, ia memakan masa 10 tahun, namun, di bawah SBPA hanya mengambil tempoh lapan tahun sahaja. Seterusnya pula, bagi kenaikan gred 32 ke 34, jika sekarang ini bergantung pada kekosongan, tetapi di bawah SBPA kelak, kaedah time-based lapan tahun turut diterima pakai; dan

Keempat: Kenaikan Gaji Tahunan tidak pernah disemak sejak 1991. Mulai tahun 2012, Kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara 80 hingga 320 ringgit mengikut gred. Di samping itu, bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, akan mendapat faedah kenaikan gaji, di antara 7 hingga 13 peratus.

Kerajaan sentiasa prihatin ke atas beban kewangan yang ditanggung oleh pesara. Dengan pelaksanaan SBPA, lebih 600 ribu pesara Kerajaan akan menikmati pelarasan pencen yang melibatkan peruntukan 600 juta ringgit. Mulai tahun 2013 nanti, Kerajaan akan melaksanakan kenaikan tahunan pencen pesara sebanyak dua peratus setahun tanpa perlu menunggu sebarang semakan sistem saraan atau pelarasan gaji.

7 comments:

Unknown said...

yang makin tinggi gaji bertmbah tinggi..emmm kesian askar gaji masih rendah di takuk lama. langsung xde kenaikkan pon..xphm tol! huhuhu

Unknown said...

bermakna kena sign SBPA baru naik gaji kan..huhu..60 thn tu..da jd nenek..wakakakaka

tunz said...

ntah sampai ke tidak ke usia 60 tu

SoLy SoLicious said...

yg bab pencen tu bagus la tuk bkas kakitangan awam :)

Unknown said...

entah bila agaknya golongan muda mahu naik pangkat cm nie??

afzalsukasuki said...

ada kenaikan walaupun sikit alhamdulillah :)

*mau jadi org yg sentiasa bersyukur :)

Anonymous said...

..wanita 60 takape, kena make-up byk sikitlah, baru nampak muda sikit. Yg sdh sign 58 boleh tukar ke 60 ke? Sepatutnya SBPA kena ada 2 kategori iaitu Penjawat Awam Gunasama & Penjawat Awam Bukan Gunasama, baru nampak adil. Cth:Utk penjawat awam bukan gunasama mereka akan duduk sampai pencen di satu jabatan shj. Kenaikan pangkat ke jawatan hakiki bagi sesetengah skim jawatan adalah sangat terhad sekali seperti di Sabah. Jika tiada jawatan kenaikan pangkat maka hanya KUP shj jika dipilih.Cth: C17
ke C22(KUP) shj.Minta pandangan anda yg serba tahu.