Tuesday, November 8, 2011

SENARAI PENUH PEMAIN LIGA SUPER KELANTAN 2012 | KEPULANGAN YANG TIDAK DINANTI..MAT INDRA KEMBALI



SENARAI PENUH  PEMAIN  LIGA SUPER KELANTAN 2012 | Hari ini KAFA melalui Presidennya telah mengumumkan secara rasmi senarai penuh pemain Liga Super bagi tahun 2012. Yang menarik perhatian aku dan aku percaya seluruh peminat bola sepak Kelantan ialah kepulangan tiga orang pemain yang dianggap "penderhaka" bukan aku kata..kawan aku kata..hahaha...iaitu pemain berjersi 2,10.13. Semua peminat tahu sejarah tiga pemain ini yang melanggar kontrak semata-mata ingin bermain dengan pasukan T-TEAM. sehingga kes ini di bawa kepada badan disiplin FAM..tapi aku tak dengar citer apa keputusannya

Jadi  masih ada peminat yang 'terasa' dengan  tindakan 3 pemain ini, Jadi aku fikir macam ni lah..Terimalah mereka dengan hati yang terbuka. Bagi aku ini adalah satu perkembangan yang sihat untuk industri profesional bola sepak di negara kita. Para pemain bebas membuat pilihan.  Sekarang soal kesetiaan kepada pasukan yang diwakili selepas tamat kontrak dah jatuh nombor 2, walaupun khidmat mereka masih ditagih oleh pasukan dan para peminat menyayangi mereka.

Yang paling penting pasukan mana yang mampu menawarkan gaji dan kebajikan terbaik akan dipilih. Dalam bola sepak sekarang ni kuasa duit no wahid..itulah dunia profesional bola sepak. Jadi impaknya semua pasukan akan berlumba-lumba menawarkan kontrak dan service yang terbaik untuk mengikat para pemainnya...lagi bagus pemain tersebut lagi baik tawaran yang dapat mereka tagih dari majikan mereka. Win win situation.. semua pihak akan dapat manfaatnya.

Hari ini keputusan dah diumumkan, jadi aku harap kepulangan mereka bertiga dapat menguatkan lagi pasukan Kelantan terutamnya Indera Putra dan Norfarhan. Sesungguhnya bola sepak sebenar bagi aku bukan hanya tentang duit tetapi kesetiaan dan kehormatan, tetapi sedarlah wahai kawan,  dunia bola sepak kita masih jauh untuk bercakap soal kesetiaan dan kehormatan berbanding soal wang ringgit.

gomo klate gomo.

wassalam.


sumber : ammboi


Senarai Pemain Kelantan 2012 (Update Pengumuman KAFA)

Penjaga Gol
1 Khairul Fahmi Che Mat (Jersi 19)
2 Mohd Shahrizan Ismail (Jersi 1)
3 Syawzwan Yusof (Jersi 20)

Pertahanan

1 S. Subramaniam (Jersi 3)
2 Farisham Ismail (Jersi 6)
3 Rizal Fahmi Rosid (Jersi 17)
4 Aziz Ismail (Jersi 11)
5 Nik Shahrul Azim (Piala Presiden) (Jersi 5)
6 Daudsu Jamaludin (Jersi 15)
7 Zairul Fitree Ishak (Jersi 24)
8 Azizi Mat Rose *Baru* (Jersi 2)

Tengah

1 Badri Radzi (Jersi 16)
2 Shakir Shaari (Jersi 8 )
3 Izuan Salahudin (Jersi 26)
4 Nurul Azwan Roya (Jersi 12)
5 khairul Izuan Rosli (Piala Presiden) (Jersi 27)
6 S Chanturu (Jersi 23)
7 Norfarhan Mohamad *Baru* (Jersi 10)
8 Indra Putra Mahayudin *Baru* (Jersi 13)
9 Emmanuel Okine (Import/Kontrak 2 Tahun) *Baru* (Jersi 4)
10 Zamri Ramli (Jersi 14)

Penyerang

1 Norshahrul Idlan Talaha (Jersi 9)
2 Ramzul Zahini Adenan (Jersi 7)
3 Aris Zaidi (Piala Presiden)(Jersi 28)
4 Mohd Ghaadar (Import/Kontrak 2 Tahun) *Baru* (Jersi 22)
5 Denny Antwi (Import/Kontrak 2 Tahun) *Baru* (Jersi 18)
6 Azlan Ismail **Baru** (Jersi 25)

3 comments:

arituarini said...

bintang..keltn ttp nak jugak....indra rasa t-team tk bleh blah kot utk musim depan..kih kih kih...

tp klau aku jd indrw malu ooo nak balik..

Abu Bagi said...

good luck kepada para pemain.. oyeh!!

AZMI KHAN said...

biasa la tu berpindah randah mencari rezeki.....
mana ada sambar je la.....