Salam sahabat, cepatnya masa berlalu kan, tahun 2011 dah hampir ke penghujung, ramai orang nak berubah tetapi tak semua dapat mencapainya. Ada yang belum sempat berubah sudah dipanggil mengadap ilahi, namun kita yang masih berkesempatan adakah sentiasa berusaha mengejar cahaya yang memberi seribu erti yang bakal merubah hidup kita.
Ramai orang ingin berubah Ada yang mencapai tetapi seperti ada yang tidak kena dengan pencapaian itu.. Tetapi ada yang langsung tak mencapai apa yang dihajati, jatuh dan terus jatuh, air mata yang mengalir tak pernah surut tetapi hatinya tetap tenang dan redha kepada Allah SWT. Adakalanya kita tidak tahu adakah kita mencapai atau tidak apa yang kita hajati, hati kita sentiasa ragu.
Jika begitu bagaimana kita nak tahu kita telah mencapai perubahan yang kita mahu...hayatilah bacaan dan maksud ayat di atas insyaallah kita akan jumpa jawapannya. Semuanya tentang Nur dan hidayah daripada Allah SWT.
Harap dapat luangkan masa lima minit untuk mendengar dan membaca maksud ayat dari surah An Nur ini, sangat dalam dan indah maknanya. Aku bukanlah ahli tafsir dan arif tentang al-quran, aku insan yang sangat dhaif tentang ilmu al-quran, tetapi aku dapat rasa akan keindahannya itu yang aku ingin kongsikan bersama Sahabat diluar sana.
1 comment:
bro...
2012 br nak mula.....
2011 yg ke penghujung.....
setiap pesanan di dlm al quran pasti yg terbaik buat kita....
Post a Comment