Thursday, December 1, 2011

GAJI BARU BERDASARKAN SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA) | KENAIKAN GAJI BERDASARKAN SBPA


Salam sahabat, sebelum ini aku ada postkan satu entry berkaitan kenaikan ini klik sini. Sebelum ini kenaikan tersebut belum dapat dipastikan kesahihannya kerana belum keluar apa-apa pekeliling berkaitan hal tersebut. Namun mengikut beberapa sahabat yang telah menghadiri taklimat khas berkaitan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) beberapa hari lalu memberitahu jumlah kenaikan gaji mengikut SBPA adalah seperti apa yang aku postkan sebelum ini seperti di bawah.

Untuk kita mengetahui kenaikan sebenar mengikut SBPA ini, kita perlu menolak kenaikan semasa di bawah skim lama SSM. Contohnya kenaikan gaji tahunan sebelum ini ialah RM150, jadi kenaikan gaji baru SBPA ini ialah RM 225, maka jumlah tersebut hendaklah ditolak daripada jumlah RM150 tadi.  Ada sesetengah kita mengandaikan kenaikan baru ini ditambah  dengan kenaikan semasa itu tidak betul dan agak mustahil.



Jumlah kenaikan gaji mengikut sistem saraan baru (SBPA) | Kenaikan gaji tahunan Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)

Gred 1-16 :RM80
Gred 17-26 :RM120 
Gred 27-40 :RM160 
Gred 41-48 :RM220 
Gred 52-54 :RM260 
JUSA A,B,C :RM320

4 comments:

Browacana said...

Oh...macam tu.... Baru ku tau..hehehe.

Unknown said...

asal gaji naik pun dh kira ok..hehe

MARIA LIZA said...

alhamdulillah...janji ada...

Diari Si Froggie said...

rezeki datang bergolek.. alhamdulillah.. Baru aida tahu..