Wednesday, December 21, 2011

KISAH UNTUK KITA RENUNG BERSAMA | JANGAN MENGAKU PANGLIMA JIKA BELUM TERUJI

Gambar sekadar hiasan

Salam sahabat, sejak dua tiga hari ni aku dengar ada golongan yang mengaku panglima-panglima perang dan pendekar bagai, jadi aku pelik juga siapa iktiraf mereka panglima dan pendekar perang ni, atau syok sendiri jer. Jadi aku nak bawa cerita betul-betul panglima perang hari ini. 

Berbicara mereka-mereka yang hebat ini aku terfikir sejenak zaman Raulullah dulu..bulan puasa pergi perang beb. Cuba kita bayangkan. Hari ni aku nak bawa satu kisah yang boleh membuatkan air mata aku mengalir membacanya kisah tentang dua orang remaja Ansar iaitu Muaz bin Arfa' dan Auf bin Arfa'  masing-masing berumur 15 dan 16 tahun.

Mereka berdua hadir dimedan peperangan Badar, mereka berdua ada bersama Abdul Rahman bin Auf semasa tentera islam sedang berdepan dengan tentera Quraisy. Dalam masa yang sama Abdul rahman bin Auf berkata dalam hatinya "kalau boleh biarlah mereka yang lebih dewasa dan berpengalaman berada dikiri dan kanan aku dalam peperangan ini. Tetapi yang ada di kiri dan kanannya ketika itu ialah Muaz dan Auf....

Di saat genting itu Muaz bertanya kepada Abdul Rahman " pakcik, adakah pakcik kenal Abu Jahal ? aku dengar beliau adalah orang yang paling banyak sakiti nabi Muhammad SAW, tunjukkan dia kepada aku !! aku ingin membunuhnya...kemudian Auf juga bertanyakan soalan yang sama kepada Abdul Rahman bin Auf. lepas mendengar pertanyaan budak-budak tersebut barulah Abdul Rahman tenang kerana yang berada disampingnya bukan calang-calang pemuda.

Beberapa ketika, Abdul Rahman bin Auf menunjukkan siapakah Abu Jahal kepada kedua-kedua pemuda tersebut, belum sempat habis Abdul Rahman berkata-kata mereka berdua telah menyerbu Abu jahal yang sedang di kawal ketat oleh para tentera Quraisy sambil melibas-libas pedang di tangan mereka. Abu Jahal terkena serangan mereka berdua tetapi tidak parah. Tetapi Auf yang berada di tengah-tengah tentera bukan islam itu akhirnya dibunuh oleh Ikrimah anak Abu Jahal dan Muaz  sempat berundur sambil mempertahankan diri dari serangan tentera Quraisy. 

Akhirnya sebelah tangannya terpotong tetapi masih tergantung dibadan. Dia berjaya berundur sampai ke tempat tentera islam. Namun selepas dibalut tangannya, dia terus berperang, tetapi tangan yang hampir putus itu menggangu pergerakannya... Akhirnya beliau memijak tangan yang hampir putus itu dan diputuskan terus tangannya supaya lebih mudah dia bergerak...akhirnya Muaz bin Arfa' syahid dalam perang Badar....Masyaallaaahhhhhh....dimana kita pada hari ini...aku berfikir dan termenung sejenak.

Aku cuba terjemahkan semangat yang suci itu pada diri kita pada hari ini.....kalau nak dibandingkan semangat  aku tentang cinta kepada islam aku tak berani nak katakan aku mencapai 1 peratus daripada semangat Muaz dan Auf tentang cintanya pada islam, malahan mungkin kurang  dari itu.....berapa ramai antara kita hari ini yang benar-benar semangatnya seperti dua orang kanak-kanak itu......renung-renungkan dan selamat beramal. setiap kali aku terkenangkan kisah ini aku jadi hiba..jadi setakat ini dulu...;(

Wassalam.

2 comments:

Unknown said...

kisah yang menarik bro...memang betul , kalau nak dibandingkan kita hari ini dengan 2 sahabat tadi , jauh api dari panggang...

Unknown said...

mmg berani betul budak 2 org tu..semoga pengorbanan mereka mendpt balasan Allah..