Monday, December 19, 2011

LIMA PERKARA MENGAPA CUEPACS MINTA SBPA DITELITI | KEBURUKAN SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA) |


KEBURUKAN SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA) | LIMA OBJEKTIF MENGAPA CUEPACS MINTA SBPA DITELITI, Salam sahabat, bermula 15 Dis baru-baru ini borang option Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) telah diedarkan untuk ditandatangani oleh 1.4 juta Penjawat Awam (PA). Mereka  hanya mempunyai masa dua minggu untuk memutuskan untuk beralih ke SBPA atau kekal di skim lama SSM. Sedang PA kalut meneliti dan berura-ura untuk beralih ke SBPA tiba-tiba CUEPACS dengan lantang menyuarakan ketidakpuasan hati dan mendakwa SBPA perlu diteliti semula agar ianya tidak merugikan PA.

Untuk makluman hari ini CUEPACS telah mengadakan perhimpunan bersama PA di Dewan CIDB dan memperjelaskan 5 perkara utama mengapa mereka minta kerajaan khusunya Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) meneliti semula atau menolak SBPA
  1. Tiada Perbincangan yang dilakukan diantara pihak JPA dan Cuepacs dalam memtuskan skim baru ini.
  2. Masa yang diberikan untuk Penjawat Awam memahami dan memilih SBPA adalah terlalu singkat.
  3. Jabatan Perkhidmatan Awam dituntut agar memberi penerangan  tentang kenaikan gred Penjawat Awam dan faedah yang akan diterima di bawah SBPA secara jelas.
  4. Memperjelaskan tentang kenaikan 7-13% gaji Penjawat Awam dalam SBPA
  5. Tiada sokongan yang jelas untuk 'exit policy'
Jadi aku melihat apa yang dibangkitkan oleh CUEPACS ini ada wajarnya terutamanya berkaitan tiadanya perbincangan dari kedua-dua pihak dalam memutuskan skim baru ini. Apa yang aku dengar pengenalan skim-skim sebelum ini seperti SSM dan SSB,  CUEPACS tidak pernah dipinggirkan  mengapa SBPA lain pula ceritanya, bukankah CUEPACS merupakan satu badan yang sah mewakili 1.4 juta Penjawat Awam dan memang sepatutnyalah mereka dipanggil untuk berbincang bersama untuk mencari instrument terbaik untuk kemaslahatan bersama.

Manakala tentang masa yang diberi selama 14 hari. Mengapa terlalu cepat dan dilihat tergesa-gesa. Mungkin sebelum ini ramai Penjawat Awam sudah mengetahui tentang SBPA bermula dari pembentangan bajet 2012 lagi oleh Perdana Menteri di Parlimen pada OKT lalu tetapi adakah maklumat tersebut sampai kepada semua Penjawat Awam? dan hari ini menurut JPA melalui satu kenyataan yang dikeluarkan menyatakan pihaknya akan mengkaji semula elaun dan pelarasan gaji secara berperingkat mulai tahun depan susulan perlaksanaan SBPA ini. Mengapa tidak dikaji dan diteliti terlebih dahulu baru skim ini digunapakai, kalau ikut apa yang aku faham apabila ia ditandatangani sertiap apa jua perubahan terhadap elaun dan gaji perlu diterima betul tak.

Manakala yang selebihnya tu tak perlulah aku ulas sebab kenaikan 7-13 peratus yang diumumkan itu pun tak jelas sebenarnya. Ada yang cakap untuk kumpulan sekian-sekian naik sekian-sekian tetapi masih belum ada hitam putih pun. Dalam pekeliling yang dikeluarkan pun tiada sebut pasal gaji ni. Kesimpulannya aku rasa para PA semua tuggulah CUEPACS bertemu Perdana Menteri dahulu untuk berbincang soal ni kerana aku yakin kedua-dua pihak, baik JPA mahupun CUEPACS ingin melakukan yang terbaik untuk semua PA.

Wassalam

3 comments:

MARIA LIZA said...

Ya betul..Tiada perbincangan dan secara tetiba nak tukar skim baru...Masih belum menandatangani lagi borang SBPA..

syuxer said...

tetiba dah tak sebulu dengan cuepacs..mesti ada udang di sebalik batu neh

Anonymous said...

Tak puas hati cuepacs hanya kerana dia hanya mahu golongan sokongan naik tinggi2 seperti sebelum2 ini. Senangnya cakap jer nak 40% untuk golongan sokongan dan P&p 7 % sudah ler. Lain-lain tue sekadar alasan cuepacs jer untuk tutup kehendak sebenar dia. Elok pas nie semua mintak kerja sokongan, takyah belajo tinggi2, takyah nak wak kerja atasan sebab beza gaji kalo ikut cuepacs bior 50inggit ngan pengarah!