Thursday, December 22, 2011

SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA) DITANGGUHKAN | SBPA DITANGGUHKAN UNTUK RUNDINGAN SEMULA

SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM (SBPA) DITANGGUHKAN | SBPA DITANGGUHKAN UNTUK RUNDINGAN SEMULA. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pelaksanaan skim sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan untuk dirunding semula dengan penjawat awam, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman.
Beliau berkata demikian kepada sekumpulan ahli kongres itu di perkarangan bangunan Perdana Putra selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di sini hari. Omar dijadualkan mengadakan satu sidang akhbar di Universiti Putra Malaysia tengah hari ini berhubung isu itu. utusan
P/S Bagi aku, ia satu kejayaan untuk Cuepacs dan dalam masa yang sama bukti keterbukaan Perdana Menteri dalam menangani isu dan persoalan yang dibangkitkan. Bagi aku ini adalah jalan yang terbaik untuk kemaslahatan seluruh penjawat awam. just wait and see jer laa..

2 comments:

syuxer said...

bagus..hope bila ditangguhkan ini, kajian sbpa lebih telus untuk memberikan kenaikan yang adil

afzalsukasuki said...

huhu semalam aku baru nak sign.uhuk2 kesianla pada mereka yang bru lulus loan.hahaha