Salam sahabat petang ni nak berkongsi Sebuah hadis Nabi S.A.W yg diriwayatkan oleh Abdullah b Abbas R.A, bahwa Rasullullah S.A.W bersabda yang maksudnya “Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: “Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa”.
Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yg sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi S.A.W yg menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.
Jadi ini bermakna malaikat maut memerhtikan kita setiap 21 minit dalam sehari. Khas untuk renungan kita semua, kita hidup bukan menongkat langit, dan hanya menumpang di atas muka bumi ini. Oleh itu rendahkan diri dan jangan bermegah-megah kerana asal kejadian kita hanya dengan setitis air yang tiada apa-apa, jika jatuh ke bumi ayam tak patuk itik tak sudu...
Wassalam
4 comments:
SUBHANALLAH ~ kesimpulannye, kite kena sentiase mengingati mati..walaupun diri ini tidak sesempurna..
Wallahualam..thnx for the info..
beringatlah.....:]
http://ch000tz.blogspot.com/2011/12/aku-hanya-mahu-kamoooooo.html
terima kasih untuk perkongsian :)
Post a Comment