Wednesday, January 11, 2012

ARTIS KITA ADA YANG LEBIH LAJAK DARIPADA LAJU


Salam sahabat, menjelang tahun baharu ni masing-masing dah pasang niat dan hajat untuk berubah. Berubah daripada yang kurang baik kepada yang lebih baik, daripada yang terbaik terus menuju kecemerlangan yang gemilang dan terbilang..haha lama dah akronim ni terkuburkan !! terkubur bersama orang yang mengilhamkannya. Macam tulah dunia ni, selagi ada kuasa dipuja dan disanjung dah hilang kuasa, sorry laaa brother... 

Jadi ada ke mereka yang ada dalam kepala mereka berazam jadi lebih buruk daripada sebelumnya, atau sama jer dari sebelum-sebelumnya. Dalam dunia hari ini macam-macam ada sahabat, bukan Astro jer macam-macam ada, manusia ni lagi bermacam-macam ada.

Yang terbaru dan terhangat ialah tentang artis atau selebriti yang bergaduh dan aib mengaib dilaman sosial, ingat tahun baharu ni dan tak wujud lagi perkara-perkara macam ni. Kadang-kadang kalau kita semua fikir macam tak masuk akal pula perkara tersebut berlaku. Entah hilang ke mana akal yang dikurniakan oleh Allah SWT sehingga sanggup melakukan perkara yang bukan sahaja merendahkan pandangan umum kepada diri malah ia juga dijadikan medan untuk mendedahkan rahsia keaiban orang lain.

Pergaduhan sesama kawan baik di hebahkan untuk santapan seluruh dunia, perbalahan keluarga diuar-uarkan seantero pelusuk alam tanpa memikirkan kesannya. Apa yang dipentingkan tentang kepuasan nafsu ammarah yang menyelinap disegenap urat nadi pada waktu marah itu dilepaskan.

Aku harap kepada mereka yang gemar bergaduh di laman sosial terutamnya twitter dan fb harap lepas ni fikir laaa banyak kali sebelum menaip sesuatu perkataan atau ayat. Kepada golongan artis atau selebriti, ingatlah anda merupakan public figure kepada masyarakat, jangan dengan perbuatan anda yang kadang-kadang seperti lebih budak dari budak anda dilabel sebagai artis atau selebriti 'third class minded' . Dunia hiburan tanah air kita kecil sangat jer pun, jangan lebih lajak daripada laju.

Wassalam

2 comments:

PeRmAtA bIrU said...

jangan lebih lajak daripada laju... :) betul... kadang2 bila on9 di laman sosial.. kita jutaan orang lain yang boleh membaca... jadi haruslah kawal...kan???

Mohd Norafzal said...

bila amarah melangkaui akal..macam2 benda boleh terjadi :)