Thursday, July 14, 2011

Jerebu | Satu kawasan catat bacaan IPU tak sihat


Assalamualaikum dan salam sejahtera, tutup buku pasal bola....dah kalah dah pun. 4-0,  harapan saya dan seluruh rakyat Malaysia jadikan ia pengalaman berguna, dan tahu di mana tahap kita sebenarnya..Sebenarnya ada isu yang lebih besar ni...pasal jerebu...jom baca ni....jangan duk kejar trafik jer chat...objektif utama blog pun kena diambil kira....objektif tu mungkin sebelum adanya nuffnang atau pihak yang seangkatan dengannya..tapi kini mungkin tidak lagi. kat bawah ni ada info pasal jerebu...

Kawasan Jalan Tasek, Ipoh, Perak merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat dengan bacaan IPU 136 sehingga jam 11 pagi ini. Selain itu, sebanyak 31 kawasan merekodkan bacaan IPU sederhana sehingga jam 11 pagi tadi berbanding 33 kawasan pada pukul 7 pagi tadi. Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh, Ipoh di Perak, Seri Manjung dan Kuala Selangor antara kawasan yang mencatat IPU sederhana masing-masing 99, 94 dan 84, selain Balok Baru, Kuantan (74), Pelabuhan Klang (72) dan Petaling Jaya (67).

Rekod itu dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar dalam laman webnya untuk bacaan sehingga pukul 11 pagi. Pulau Pinang yang dilanda jerebu minggu lalu, dipercayai berpunca daripada pembakaran terbuka di Sumatera, Indonesia, mencatatkan bacaan sederhana iaitu 59 di Seberang Jaya 2 dan 53 di Perai, manakala Universiti Sains Malaysia (USM) mencapai kualiti udara baik (44). Selain USM, 17 kawasan lagi turut mencapai kualiti udara baik iaitu Sri Aman dan Langkawi (27), Alor Setar (30), Larkin Lama (31), Tawau (32), Sandakan (35), Muar (37), Bandaraya Melaka dan Kangar (38), Pasir Gudang (39), ILP Miri (40), Keningau dan Kota Kinabalu (41), Kota Tinggi (43), Limbang (44), Miri (46) dan Kapit (50).

Bacaan IPU antara 0-50 adalah baik, 51-100 (sederhana), 101-200 (tidak sihat), 201-300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya). 



sumber - malaysia la ni...

p/s jaga kesihatan yer...;)

16 comments:

H.J said...

jerebu..lain eh nga kabus?ehe

Miss Y and Her World said...

jerebu buat aku tak sihat dan sakit tekak. kenapa jerebu mesti berlaku setiap tahun? (-_-)"

Seronok Ke Iklankan Diri Sendiri Dalam Facebook?
Tips : Cara Mudah Kantoikan Boyfriend Curang

cucu umie said...

kalo tak silap ayie tg malim (71) kan..sebb ayie tgok dekt tv smlm tghhari..kalo tidak silap ea.. cuaca agak teruk juga ah smlm dekt area sempdn selngor and perak

caliph shuriken said...

kna pakai mask balik, huh...

ArulchelseA said...

dulu thn 98 lg parah..aku tk pegi sekolh sbb dilarang kerana jerebu.. nasib aku tk duduk kat jelebu masa tu..kihk ihk ih

wan_cikgumuzik said...

tuu laa pasal.. sib baik kat KL nih hujan sekejap td.. kurang laa sket.. huhu..

tgk MHI pg td dia siar berita kisah jerubu yg dolu2 tuu terasa plak sweet memory time tuhh,... hahahhaa...

-berdating dalam jerubu-

kah kah kah kah

harrazdani said...

HJ : jerebu sama ngan jelebu...huhu

MY : dunia dah semakin tua kot...;(

ayie : dua2 negeri industri

ayie....pasal indek tu nanti confirm balik yer...

calip : belum sampai masanya lagi kot broo

arull ; hang lebih suka sebenarnya yer kan..hahaha

wan : dating dalam jerebu banyak kelebihaannya wan....

Terbelog said...

ok jugak
lama x jerebu
hehe
xde la
gurau je

harrazdani said...

terbelog : kalau turun salji ker ok jugak bro...

Syuxer said...

oh jerebu..aku x suka jerebu..dahla jalan jadi x nampak..uishh bahaya..indonesia selalu wat pembakaran terbuka..kita gak kena efek aish..

anismelon said...

kat perak nie pon kuat gak jerebu nye..sebab tak hujan kan..

vampire's lovex said...

pakai mask la kalau dah teruk sangat ...

Fathiah Hamim said...

jerebu kat rumah fa ari tuh sampai bau asap.

syrupmasin said...

Jalan Tasek, Ipoh, Perak..errr mcm pernah dgr je..haha..ohh ye la..area umah sendiri :D

Khairil said...

nasib kat kulim ok lagi sebab hari-hari hujan...tapi aku selsema pulak bila dah kena hujan...huhu

TYNTHA LANA said...

Terok ah cikgu wan neh, sempat citer dating dalam jerebu *_*

Pagi tadi best dani tgk MHI, berkait jerebu nilah..Rupa2nya, most of the mask yg jual kat supermarket, sebenarnya, tak beri perlindungan apa2 pun.. hurmm,leh bt entry nih,heh3. ting tong! dapat idea,heh3