Saturday, January 21, 2012

AZEAN IRDAWATY MENINGGAL DUNIA SATU FITNAH


Salam sahabat, petang semalam kita dikejutkan dengan kematian penyanyi muda Izwan Pilus akibat jangkitan kuman pada paru-paru al-fatihah buat arwah. Tiba-tiba kita dikejutkan pula dengan berita kematian pelakon veteran Azean Irdawaty, yang telah kita sedia maklum sedang melawan penyakit kanser yang dihadapinya. Penyebaran maklumat palsu ini disyaki telah dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. 

Oleh kerana itu, anak pelakon veteran itu, Erza melalui twitternya memaklumkan perkara sebenar dan menafikan khabar angin terebut. Kepada mereka yang menyebarkan berita seumpama ini, aku nasihatkan hentikanlah. Jangan gunakan medium internet sebagai tempat untuk kita menyebarkan perkara-perkara sebegini kerana impaknya adalah sangat besar kepada mereka yang kita tujukan. Aku harap Kak Azean Irdawaty kuatkan semangat dan banyak berdoa semoga cepat sembuh.

Wassalam

1 comment:

LaLa mhdnor said...

sape la kejam sgt sebar berita yg karut tu, hummm