Saturday, January 21, 2012

LIVE STREAMING SELANGOR VS SARAWAK 21 JAN 2012 | LIVE STREAMING SELANGOR VS SARAWAK LIGA SUPER 2012



LIVE STREAMING SELANGOR VS SARAWAK 21 JAN 2012  LIVE STREAMING SELANGOR VS SARAWAK LIGA SUPER 2012. GELORA jiwa peminat fanatik Gergasi Merah, Selangor ketika dijinakkan Felda United 0-1 dalam aksi Liga Super, Selasa lepas pastinya masih menggelodak saat ini. Disebabkan itu, tidak musta- hil anak-anak buah Irfan Bakti Abu Salim pastinya berselera besar mahu memadam cabaran Sarawak sebagai penawar nestapa di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.

Biarpun Irfan masih belum mahu menekan ‘butang panik’ lantaran usia saingan Liga Super yang masih ‘hijau’ dengan usai tiga perlawanan setakat ini, kekalahan terhadap Felda United tempoh hari pasti- nya ‘mengejutkan’ pemain Merah Kuning daripada berterusan bermimpi indah di siang hari. “Kami tidak boleh kehilangan mata, jadi Selangor perlu bangkit segera. Kami perlukan tiga mata jika mahu terus berada dalam kelompok teratas liga,” kata Irfan sebelum ini.

Selangor ketika ini sekadar mengutip empat mata setelah seri 2-2 dengan Negeri Sembilan dan menang 1-0 ke atas Perak sebelum ini, manakala Sarawak pula hanya mengutip tiga mata apabila menewaskan Kuala Lumpur 2-0 sebelum tewas kepada Sabah dan Terengganu dengan keputusan 2-1 dan 1-0.

Meskipun mengakui belum berpeluang melihat corak permainan skuad kendalian Robert Alberts itu musim ini, Irfan begitupun yakin dengan kredibiliti anak-anak buahnya selain membayangkan telah mendapat ‘ilham’ menjelang perlawanan itu nanti.“Saya tidak mahu pemain leka kerana lawan Selangor selalunya berjuang bermati-matian memberikan 110 peratus komitmen setiap kali berdepan kami.

“Masalah ketumpulan penyudah yang gagal memanfaatkan begitu banyak peluang terhidang juga tidak lagi harus berulang,” tegasnya. Apa yang pasti, kemenangan malam ini pastinya merupakan hadiah hari jadi yang paling bermakna buat kapten Merah Kuning, Amri Yahyah yang bakal menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-31.

Namun pada masa sama, Bujang Senang pastinya tidak duduk diam untuk diperbudak-budakkan Gergasi Merah sebegitu sahaja, tambahan pula setelah menerima sentuhan pemain import baharu, Vedran Muratovic biarpun seorang lagi pemain import mereka, Kalle Sone masih belum dapat diturunkan gara- gara kecederaan.

 LIVE STREAMING SELANGOR VS SARAWAK 21 JAN 2012
LINK1 (RTM 1)
PERLAWANAN BERMULA JAM 0845 MLM


No comments: