Monday, January 2, 2012

DONALD TRUMP SUKA MERAJUK | DUNIA POLITIK BUKAN UNTUK GOLONGAN PENIAGA


Ahli perniagaan terkemuka dan personaliti realiti televisyen, Donald Trump, keluar daripada Parti Republikan, menukar pendaftaran undiannya kepada calon bebas di New York, dalam langkah yang dilihat memudahkan persaingan tiga penjuru pemilihan Presiden Amerika Syarikat tahun depan. Tindakan Trump itu diumumkan 10 hari selepas hartawan hartanah itu mengumumkan membatalkan rancangan untuk menjadi pengacara perbahasan antara calon Presiden Parti Republikan dalam usaha melindungi kemungkinan bertanding sebagai calon bebas.

Hanya dua calon bersetuju mengambil bahagian dalam forum yang dirancang Trump pada Selasa depan di Iowa. “Trump sudah berkata sejak hampir setahun lalu jika dia tidak berminat dengan siapa yang menjadi calon Republikan, dia mungkin bertanding sebagai calon bebas. “Tindakannya keluar parti bertujuan melindungi haknya untuk memutuskan hala tuju seterusnya selepas rancangan akhir program The Apprentice, Mei depan,” kata jurucakapnya, Michael Cohen, lapor akhbar Los Angeles Times.

The Apprentice ialah rancangan pertandingan realiti televisyen yang dihoskan Trump. Pemilihan presiden Amerika Syarikat akan diadakan pada November 2012. Trump dianggap ada niat bertanding merebut pencalonan Parti Republikan sebagai presiden. Dia juga dicemuh kerana menuduh Presiden Barack Obama, dari Parti Demokrat, mungkin tidak dilahirkan di Amerika.

Pada masa sama, Trump tidak pernah mengadakan kempen sebenar dan pengkritik menyifatkan usahanya dalam perkara itu hanya usaha mempromosi diri sendiri. Calon yang enggan menyertai debat yang dikendalikan Trump termasuk bekas Gabenor Massachusetts, Mitt Romney; bekas Gabenor Utah, Jon Huntsman; Gabenor Texas, Rick Perry serta ahli Kongres, Ron Paul dan Michele Bachmann.

Hanya bekas Speaker Kongres, Newt Gingrich dan bekas Senator, Rick Santorum bersetuju mengambil bahagian. Apapun, Trump dianggap bukan penyokong setia Republikan kerana hanya menyertai parti itu pada 2009. Beliau lebih lama menjadi anggota Demokrat apabila mendaftar sebagai ahli pada 2001 sebelum mengubah angin. Cohen juga berkata: “Suatu perkara yang pasti ialah Trump memang berazam supaya Obama tewas dalam persaingan 2012.” – Reuters

P/S: 
Salam sahabat, saya beranggapan seorang yang bergelar businesman tidak sesuai menjadi seorang ahli politik. Mungkin seseorang itu boleh menjadi seorang ahli perniagaan yang paling berjaya dan tersohor tetapi bukan ahli politik yang berjaya dan disegani. sememangnya antara dua dunia tersebut adalah sangat berbeza. Mungkin kedua-dua bidang tersebut memerlukan pengorbanan dan keupayaan  critical minded yang tinggi dalam membuat segala keputusan tetapi dalam politik jika individu yang sudah senang dan kaya ingin terlibat dalam politik secara langsung kebanyakannya tidak berjaya. Kerana mereka akan cepat merajuk kerana mereka telah didik di dalam dunia perniagaan sebagai seorang bos yang sentiasa memberi arahan dan orang bawahan yang patuh dalam melaksanakan setiap arahan tersebut. Dunia politik tidak begitu.

Obama melalu buku karangannya " the audacity of hope" jika diterjemah ke dalam bahasa melayunya secara  literal ialah keberanian menggapai harapan di mana menceritakan  tentang permulaan mendaki dan membina personalitinya dalam dunia politik sangat tragis dan hebat, siapa sangka seorang yang berarak di hari St Patrick di hadapan beberapa meter sahaja dari lori sampah perbandaran yakni paling belakang pada hari perarakan tersebut akhirnya menjadi seorang individu yang paling berkuasa di Amerika pada hari ini. 

Dalam politik sesiapa yang ingin lebih berjaya perlu melalui saat getir dan mencabar. Bukan bermakna mereka yang senang naiknya dalam politik tidak boleh berjaya, contoh paling senang ialah Perdana Menteri kita, umur 23 tahun dah jadi Ahli Dewan Undangan Negeri, dan jika kita lihat perjalanan politik beliau sangat senang dan mendamaikan, ikut sahaja arus yang mengalir sehinggalah beliau berada di tempat sekarang. Cuma masa dan keadaan yang akan menguji beliau kerana ada satu pepatah mengatakan "pemimpin umpama teh, kita akan tahu kualitinya semasa ia panas" . Kesimpulannya politik bukan untuk golongan peniaga tetapi ramai yang berniaga selepas berpolitik, boleh tak saya rumuskan ianya adalah politik berkepentingan...sama-samalah kita fikirkan.


Wassalam.

No comments: