Monday, January 2, 2012

KELANTAN VS NEGERI SEMBILAN 7 JAN 2012 PIALA SULTAN AHMAD SHAH | PERLAWANAN MUNGKIN DIPINDAHKAN KE BUKIT JALIL


TARIKH PERLAWANAN PIALA SUMBANGSIH 2012, TARIKH PERLAWANAN PIALA SULTAN AHMAD SHAH 2012, KELANTAN VS NEGERI SEMBILAN 7 JAN 2012 PIALA SULTAN AHMAD SHAH | KELANTAN VS NEGERI SEMBILAN 7 JAN 2012, Berita terbaru saya perolehi daripada para facebooker red warriors fc tentang pemindahan tempat perlawanan piala Sumbangsih ini yang akan dilangsungkan di Stadium Bukit Jalil selepas FAM membuat keputusan pada tahun ini diluar kebiasaan apabila akan  dilangsungkan  di Stadium Sultan Muhammad IV Kota Bharu. Keputusan ini dibuat berikutan cuaca yang diramalkan hujan berterusan sehingga sabtu ini yang mungkin boleh merencatkan kerancakan perlawanan tersebut. Kemungkinan FAM tidak mahu mengambil risiko pengumuman saat akhir yang boleh menjejaskan persiapan semua pihak termasuk penyokong kedua-dua pasukan.

Untuk makluman format perlawanan juga mengalami sedikit perubahan apabila tiada kiraan mata untuk kedua-dua pasukan yang bertanding dalam merebut piala ini. Mungkin langkah ini sedikit sebanyak akan merencatkan kesungguhan pasukan yang bertanding kerana format terbaru ini. 

Namun perlawanan ini dilihat amat signifikan untuk kedua-dua pasukan dalam kempen mereka mempertahankan kejuaraan yang mereka raih pada musim 2011.  Bagi pasukan Kelantan sudah tentu gelaran juara Liga Super edisi 2011 akan dipertahankan untuk musim 2012 ini ditambah pula dengan kehadiran semula jurulatih Peter James Butler yang merupakan individu yang terlibat menaikkan pasukan Kelantan dengan membawa Kelantan kepentas Final piala FA pada tahun 2010.

Selain kehadiran jurulatih terebut Kelantan juga akan turut diperkuatkan dengan trio import yang dilihat sudah semakin serasi dengan bintang-bintang tempatan. Manakala pasukan Negeri Sembilan penghijrahan beberapa tonggak bintang mungkin sedikit sebanyak memberi kesan kepada persembahan keseluruhan pasukan namun dengan kepakaran yang ada pada Azrai Khor Abdullah ianya akan dapat di atasi. 

Dalam perlawanan ini nanti masing-masing akan menunjukkan tahap sebenar permainan mereka dan sudah semestinya kedua-dua pasukan akan mempamerkan satu permainan yang bermutu bagi melaungkan amaran kepada semua pasukan yang bertanding dalam saingan Liga Super untuk edisi 2012 ini. Kerana itulah mengapa perlawanan ini penting untuk kedua-dua pasukan.

2 comments:

Admin said...

x sabar n tunggu ..x kisah la main kat mane pun

puteri kasih said...

wajib menyaksikan nanti...sebab team nogori turun bermain...hehehe