Monday, January 2, 2012

AL-FATIHAH BUAT DATUK MOHD SALLEH ABDUL MAJID @ SALLEH MAJID


KUALA LUMPUR 2 Jan. - Datuk Salleh Majid, bekas Presiden Bursa Malaysia dan pakar ekonomi tersohor meninggal dunia pada jam 10.20 pagi tadi di Hospital Kuala Lumpur akibat penyakit kanser usus dan buah pinggang. Jenazah Allahyarham akan bawa ke rumah ibu beliau di 1055 Jalan Hj. Mokhtar, Kg. Pasir, Ulu Kelang dan disembahyangkan di Masjid Kg.Pasir, Ulu Kelang. - UTUSAN

p/s: 
Salam sahabat, berita kematian Datuk Salleh Majid merupakan satu kehilangan besar kepada barisan pemikir ekonomi negara khususnya pakar ekonomi orang melayu. Allahyarham  dan kumpulannya  dikhabarkan sedang merangka satu draf cadangan bagi dikemukakan cadangan kepada kerajaan bagi  mewujudkan satu bursa saham islam.

Semoga usaha murni ini diteruskan walaupun allahyarham telah tiada kerana semangat dan niat allahyarham yang sangat baik itu adalah untuk kemaslahatan seluruh rakyat Malaysia khusunya umat islam.Al - fatihah.

Wassalam.

1 comment:

Unknown said...

Al-fatihah...negara kehilangan tokoh ekonomi yg tersohor...