Monday, January 2, 2012

PELAJAR CEMERLANG KITA ALAMI 'CULTURAL SHOCK' DI LUAR NEGARA.



Salam sahabat, saya sebenarnya sangat-sangat terkejut dengan gambar yang saya lihat dalam sebuah blog tentang seorang pelajar cemerlang Malaysia tidak lama dahulu. Menurut sumber tersebut beliau telah gagal di tahun kedua pengajiaan perubatannya di salah sebuah pusat pengajian di luar negara. Tapi berita tu bukan dikeluarkan oleh Pusat pegajian dimana beliau belajar, jadi tak perlu laaa kita percaya cuma agak terkejut beliau bukan seperti diri beliau  yang dulu lagi. Jika dilihat cara penampilannya dari gambar-gambarnya memang dah jauh berubah.

Kadang-kadang saya terfikir tentang sindrom kejutan budaya. Kejutan budaya dimaksudkan sebagai akibat yang timbul apabila sesuatu kebudayaan atau anggota sesuatu kebudayaan secara tiba-tiba berhadapan atau terdedah kepada unsur-unsur kebudayaan lain yang lebih tinggi tamadunnya (seringkali berasa tersisih dan tidak boleh menyesuaikan diri pada anggota kebudayaan yang lebih rendah tamadunnya). Jadi adakah ini dinamakan kejutan budaya?. Tetapi adakah mereka yang boleh dikategorikan sebagai mereka yang bijak pandai boleh juga mengalami kejutan budaya?...

Kesimpulannya, ia berkisar pada jati diri dan persiapan rohani yang tinggi sebelum berhadapan dengan perkara-perkara tersebut. Jika  benar, perkara ini berlaku pada beliau, mungkin tiada apa-apa masalah pada tamadun di sebelah sana tetapi tamadun dan kebudayaan disini agak keberatan untuk melihat perubahan drastik tersebut.

Bukan niat saya untuk mengaibkan tetapi sebagai lesson kepada mereka atau ibu bapa yang anak mereka belum lagi menempuh alam budaya yang tamadunnya dikatakan lebih tinggi nilainya kerana gusar kita akan 'lost'. lost dalam erti kata hilang identiti dan kendiri yang selama ini dipegang dan dijungjung.

Wassalam

2 comments:

arituarini said...

tu la pasal..bila tok memang kejutan budaya..sampai org pun terkejut..kih kih kih..

syuxer said...

dok jauh2 dari family, ginila jadinya..jarang benar orang dapat survive ketimuran dia..amat jarang..

culture shock memang benda yang student kena handle terlebih dahulu