Monday, January 9, 2012

DUA JENIS PENGKHIANAT YANG PERLU KITA TAHU DALAM HIDUP INI


Salam sahabat, sibuk sikit hari ni, jadi peluang yang ada untuk mencoret disini ingin aku gunakan sebaik mungkin untuk berkongsi perkara-perkara baru yang mungkin sahabat dah tahu atau pernah dengar sebelum ini. Semalam semua entry berkaitan sukan maklumlah tengah hari Datuk Lee Chong Wei malam pula Man United pasukan kegemaran berentap, jadi semua entry tertumpu kepada sukanlah. Manakala hari ni satu lagi peristiwa yang boleh dikatakan bersejarah dalam politik Malaysia, malas aku nak cerita sebab semua orang dah tahukan.

Sebentar tadi  aku menjengah ke blog YB Khalid Samad dan tertarik dengan satu rangkap ayat yang disusun dan diungkapkan dengan penuh berkesan dan baik sekali. seperti di bawah ni.

"Seorang pengkhianat yang mengerti betapa hinanya tindakan khianat akan hanya sanggup menikam kawan dari belakang. Dirinya merasa malu atas tindakan khianatnya. Sebaliknya, seorang pengkhianat yang tidak faham betapa hinanya tindakan khianat terus menikam dari depan"

Dalam hidup kita ini sememangnya tidak boleh lari daripada mereka yang bergelar pengkhianat. Jadi aku simpulkan pengkhianat ni ada dua. Pengkhianat yang  tahu betapa hinanya menjadi seorang pengkhianat dan yang kedua pengkhianat yang tidak tahu betapa hinanya diri mereka. Oleh yang demikian berhati-hati dengan seorang pengkhianat terutamanya golongan yang kedua.

Wassalam

3 comments:

Khairil said...

dalam maksud tu bro....

cik laure weng said...

betray..=o

Anonymous said...

Traitor ..?
Do we..?