Thursday, January 19, 2012

IKLAN PALING SEDIH TENTANG KASIH SEORANG AYAH | WAJIB TONTON



Belajar rajin-rajin yer nanti dah besar boleh jadi orang hebat....kata-kata yang selalu bermain dibibir seorang insan bergelar abah. tetapi sekarang apabila ke semua anak sudah berjaya tiada seorang pun disisi beliau. Semuanya membawa haluan masing-masing kerana tuntutan kerja sebagai memenuhi kehendak abah agar anak-anaknya menjadi orang yang hebat.

Tetiba aku terfikir semakin kita pandai semakin jauh kita dengan ibu bapa kita, jauh dari segi jarak tetapi dihati sentiasa dekat. Dahulunya rumah riuh dengan hilai tawa anak-anak sekarang sunyi sepi...yang kedengaran hanya bunyi cengkerik dan detik jam di dinding.

Apakah agaknya yang bermain difikiran abah di saat ini, kalaulah boleh diubah masa kembali di masa lalu, mungkinkah abah akan berkata tak payah laa belajar.. nanti semua boleh duduk ngan abah...mustahil seorang abah akan berkata sedemikian kan ?...namun hari ini abah sudah semakin tua, mugkin apa yang diharapkan hanya kebahagian anak-anaknya di dunia dan di akhirat.

Wassalam.

4 comments:

Unknown said...

rindu abah..sobsob
mungkin kini dia tgh gusar memikirkan masa depan TH

Anonymous said...

untung nye la org2 yg msh ad abah

dyla said...

huish, sedihnyaa :'(

Unknown said...

untung la org yg msh ada ayah.. ;(