Wahai hati...
Jika hari ini kita rasa diri teraniaya,
Jika hari ini kita rasa kita dipinggirkan,
Jika hari ini kita rasa kita ditertawakan,
Ingatlah itu bukan selamanya.
Dalam hidup ini...
Kita sering bertanya mengapa aku begini dan begitu,
Mengapa aku tidak seperti itu dan ini,
Mengapa aku tidak dilahirkan seperti sipolan dan sipolan,
Mengapa..mengapa dan terus mengapa..
Mengapa terlalu banyak persoalan ?
Mengapa kita perlu jadi orang lain?
Kerana kadangkala kita lupa akan nikmat yang telah dan sedang kita nikmati.
Ingatlah bahawa tuhan itu adil dan janjiNYA benar,
bersyukurlah dan terus berusaha,
Insyaallah kejayaan milik kita,
ingatlah bahawa Allah sentiasa bersama kita.
"laaa tahzan inallahhama'na.
-harrazdani-
1 comment:
manusia xpnh puas dgn ape yg dia kecapi.
Post a Comment