Sunday, January 15, 2012

KEDUDUKAN TERKINI LIGA SUPER 14 JAN 2012 | KEDUDUKAN SEMASA LIGA SUPER 14 JAN 2012


KEDUDUKAN TERKINI  LIGA SUPER 14 JAN  2012 | KEDUDUKAN SEMASA LIGA SUPER 14 JAN 2012. T-Team masih unggul ditakhta Liga Super dengan mengutip 6 mata hasil kemenangan bergaya mereka hari ini menewaskan pasukan Kuala Lumpur 3-0. Manakala pasukan Negeri sembilan,Kelantan dan Selangor masing-masing berkongsi 4 mata hasil satu kemenangan dan seri dalam dua perlawanan masing-masing.

Paling mencuri tumpuan pada persaingan Liga Super pada kali ini adalah kehadiran pasukan jiran iaitu Lion XII yang sekadar berada ditangga ke 12 apabila berjaya mencuri satu mata malam ini apabila seri menentang Kedah 0-0 di Stadium Darul Aman sebentar tadi.Tidak lupa juga kepada pasukan Sarawak, yang menduduki tangga keenam liga .

Walaubagaimanapun setakat ini masih terlalu awal untuk menilai dan mengagak pasukan mana yang akan konsisten berada di tampuk Liga Super sekaligus menjuarai persaingan Liga Super pada tahun 2012 ini kerana persaingan baru sahaja bermula.

No comments: