Saturday, January 7, 2012

KELANTAN VS NEGERI SEMBILAN 7 JAN 2012 PIALA SUMBANGSIH 2012 | HARAPAN 'KAMI'



KELANTAN VS NEGERI SEMBILAN 7 JAN 2012 PIALA SUMBANGSIH 2012 | Salam sahabat, malam ini akan menentukan siapa yang berhak mendakap Piala Sumbangsih 2012 di Stadium Bukit Jalil. Walaupun Piala Sumbangsih ini boleh dikatakan Piala kelas ketiga selepas Piala Malaysia dan Piala FA namun ianya sangat besar ertinya kepada mana-mana jua pasukan yang bertanding merebut piala tersebut.  Memenangi Piala Sumbangsih adalah satu kemenangan moral yang sangat bermakna bagi sesebuah pasukan untuk mengharungi cabaran yang penuh mencabar di Liga Super 2012. 

Sebagai peminat bola sepak Malaysia khususnya pasukan The Red Warriors (TRW) 'kami' harapkan pasukan Kelantan akan sekali lagi mempertahankan Piala Sumbangsih ini buat kali kedua berturut-turut setelah memenanginya pada tahun lepas (2011). Harapan ini harus dibalas oleh pasukan TRW dengan menunjukkan satu corak permainan yang bermutu dan bersemangat, jika kalah biarlah kalah dengan 'melawan'.

Aku teringat pada tahun 2009 Final Piala Malaysia  di mana Kelantan tewas 3-1 ditangan Negeri Sembilan, aku merupakan salah seorang penyokong yang boleh dikatakan antara yang paling jauh hadir untuk menyaksikan perlawanan tersebut (dari Kuching), tetapi sangat hampa dengan cara dan corak permainan yang ditunjukkan. Diharap pada malam ini ia tidak akan menghampakan.

Dengan kehadiran pemain import pada tahun ini diharapkan prestasi dan kualiti perlawanan pada malam ini boleh dibanggakan semua pihak. Pemain import TRW Ghaddar dari Lubnan bukan calang-calang reputasi yang dimilikinya. Beliau merupakan penjaring terbanyak Piala AFC 2007 dan sekarang antara pemain utama negaranya dalam setiap kempen yang disertai. Namun aku lihat sehingga kini prestasinya dalam beberapa siri perlawanan masih di bawah tahap sebenar. Harapan 'kami' agar beliau menemui sentuhan ajaibnya pada malam ini bersama mat yo dan seorang lagi pemain import muda dari Ghana Danny Antwi. 

Sudah menjadi lumrah kalah menang adat perlawanan, namun semangat kesukanan harus didahulukan, tidak kiralah pemain atau penyokong, tidak guna kemenangan jika terpalit insiden-insiden memalukan seperti membaling mercun ke dalam padang, botol minuman dan sebagainya kerana yang nampak buruknya ialah budaya dan kualiti sesebuah pasukan dan penyokong itu sendiri. Jadi harapan 'kami' sebagai peminat yang tidak berkesempatan hadir ke stadium pada malam ini sentiasa berharap dan berdoa agar pasukan TRW memperolehi kejayaan dan memulakan tahun 2012 dengan penuh bergaya.

Wassalam

No comments: