Saturday, January 7, 2012

SINOPSIS FILEM KERAMAT | SINOPSIS FILEM SERAM KERAMAT AKAN DITAYANGKAN PADA 12 JANUARI 2012


SINOPSIS FILEM KERAMAT | SINOPSIS FILEM SERAM KERAMAT AKAN DITAYANGKAN PADA 12 JANUARI 2012. Salam sahabat, satu lagi cerita seram untuk permulaan tahun 2012 ini. Selepas Ombak rindu membadai hati seluruh rakyat Malaysia sekarang tibalah masanya Keramat pula mengambil tempat. Bak kata Dr Mahathir 'orang melayu minat cerita hantu' satu ketika dulu, memang aku tak nafikan kenyataan itu dan sudah semestinya pengarah dan penerbit filem melihat peluang yang ada tersebut untuk terus menghidangkan cerita bergenre sebegini untuk tatapan peminat filem Malaysia. Harapan aku agar filem ini tidak menimbulkan kontroversi yang membabitkan sensitiviti sesetengah  pihak sepertimana yang berlaku pada filem-filem sebelum ini. Di bawah aku sertakan sedikit sinopsis filem keramat ini yang akan ditanyangkan pada 12 JAN 2012.


"Di tahun 1900, seorang lelaki bernama Habib telah difitnah merosakkan kehormatan Mustika. Akibat dari itu, Habib telah dikerumuni dan dipukul oleh orang kampong diketuai oleh Jabar, abang kandung Mustika. Habib yang merupakan bukan calang-calang orang terus dipukul dan kain yang selama ini menutupi wajahnya ditarik oleh orang kampong dan berlakulah satu peristiwa yang amat dasyat di mana semua penduduk kampong mati dek cahaya terang yang terpancar dari wajah Habib. Di zaman ini, kehidupan dua beradik iaitu Nazmir dan Nasti mula dihantui pelbagai peristiwa pelik dan menyeramkan bermula denga kehilangan bayi yang dikandung Syazura, isteri Nazmir. Sejak itu, seorang demi seorang ditimpa pelbagai peristiwa di luar fikiran termasuk Munirah, isteri Nasti. Keinginan Syazura untuk pulang ke kampong halaman suaminya menjadikan keadaan bertambah rumit. Satu persatu rahsia terbongkar dan mendedahkan sebuah sejarah yang mengejutkan Nazmir, Syazura, Nasti dan Munirah. " SUMBER

Selamat menonton. Wassalam.

1 comment:

khairul said...

X habih crita2 hantu