Wednesday, January 11, 2012

KEPUTUSAN PENUH PEMENANG FIFA Ballon d'Or 2011 | SENARAI PEMENANG ANUGERAH FIFA Ballon d'Or 2011


SENARAI  PEMENANG ANUGERAH FIFA Ballon d'Or 2011| KEPUTUSAN PENUH PEMENANG FIFA Ballon d'Or 2011. Lionel Messi menerima Anugerah FIFA Ballon d’Or 2011 buat kali ketiga sebagai Pemain Terbaik Dunia di sini, kelmarin. Pemain berusia 24 tahun yang juga penyerang Barcelona dan Argentina itu mengetepikan pesaing terdekat antaranya pemain Real Madrid, Cristiano Ronaldo serta rakan sepasukan, Xavi.


“Ini adalah sesuatu yang cukup membanggakan buat diri saya. Ini adalah kali ketiga saya memenanginya. Ini sesuatu penghormatan yang cukup mengagumkan. “Saya mahu ucapkan terima kasih kepada semua yang telah bersama dengan saya, rakan-rakan, jurulatih Pep Guardiola dan semua di Barcelona. “Saya juga mahu mengucapkan terima kasih kepada pasukan kebangsaan saya iaitu Argentina,” kata Messi. 

Berikut merupakan barisan terbaik FIFA 2011  (The FIFPro World XI) :-
  • Penjaga Gol : Iker Casillas (Real Madrid), 
  • Pertahanan : Dani Alves (Barcelona), Gerard Pique (Barcelona), Nemanja Vidic (Man Utd), Sergio Ramos (Real Madrid)
  • Pemain tengah : Andres Iniesta (Barcelona), Xabi Alonso (Real Madrid), Xavi (Barcelona)
  • Penyerang :  Lionel Messi (Barcelona), Cristiano Ronaldo (Real Madrid), Wayne Rooney (Man Utd). 

Berikut merupakan jurulatih / pengurus dan pemain terbaik sepanjang 2011 :-
  • Jurulatih Terbaik 2011 : Pep Guardiola (Barcelona) 
  • Jurulatih Terbaik Wanita 2011 : Norio Sasaki (Jepun)
  • FIFA fair play : Jepun
  • FIFA Puskas (Gol Terbaik) : Neymar
Tahniah kepada semua pemenang, anda merupakan pelengkap kepada kegemilangan bola sepak era ini.

No comments: