Baru-baru ini rakyat Malaysia gempar apabila dikejutkan dengan kejadian ‘bunyi aneh dan menakutkan’ dari langit di Kota Samarahan, Sarawak, sehingga mendapat liputan dari seluruh dunia. Bunyi yang serupa juga dilaporkan pernah kedengaran di Aaborg, Denmark, dan direkodkan berlaku di Sweden pada 1 November tahun lalu. Insiden tersebut telah menyebabkan ramai yang gelisah dan ingin mencari jawapan di sebalik misteri bunyi aneh tersebut sehingga menyebabkan pelbagai spekulasi dibuat oleh ramai pihak.
Antara teori paling terkenal yang dikatakan menjadi punca berlakunya insiden itu ialah Program Penyelidikan Auroral Aktif Frekuensi Tinggi (HAARP). HAARP adalah merupakan program penyelidikan saintifik berkaitan ionosfera dan dinaungi sepenuh oleh US Air Force, US Navy, University of Alaska dan Defense Advanced Research Projects Agency(DARPA). DARPA pula dikenali sebagai sebuah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan Amerika Syarikat bertujuan untuk membina pelbagai senjata berteknologi tinggi untuk kegunaan ketenteraan Amerika Syarikat.
Bagaimanapun, HAARP dipercayai merahsiakan penyelidikan untuk kepentingan DARPA itu dengan aktiviti penyelidikan saintifik yang kononnya menyelidik lapisan ionosfera bagi meningkatkan lagi penggunaan sistem komunikasi dan pemantauan cuaca. Tapak penyelidikan HAARP yang berada di Gakona, Alaska menempatkan peralatan berteknologi tinggi dan tercanggih yang dikenali sebagai Ionospheric Research Instrument(IRI). IRI adalah sebuah instrumen yang menghasilkan frekuensi radio berdefinisi tinggi sekitar 2.7MHz sehingga 10MHz.
Selain itu, IRI mampu memancarkan frekuensi ke lapisan yang terhad untuk dicapai iaitu di lapisan Ionosfera dan menghantar kembali isyaratnya ke bumi. Diandaikan bahawa hasil dari IRI tersebut telah menjadi medium frekuensi yang dipancarkan ke lapisan ionosfera sebelum dihantar kembali ke bumi yang menghasilkan ‘bunyi aneh’ seakan-akan guruh dan menggemparkan di beberapa lokasi di dunia. HAARP bagaimanapun dikatakan tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan tersebut sehingga kini.
Program yang bermula sejak tahun 1993 itu sering dikaitkan sebagai penyebab kepada beberapa insiden bencana alam oleh beberapa saintis ekoran aktiviti-aktiviti program tersebut yang menjadi tanda tanya ramai pihak. Namun sehingga kini, tiada pihak yang mampu memberikan bukti kukuh atas dakwaan tersebut dan HAARP kekal sebagai sebuah program yang ‘misteri’. sumber
5 comments:
betul ke teori tu?... atau mungkin ada sesuatu yang sedang dilakukan di hutan kalimantan?...
ada yang kata bunyi Trumpets of Doom. atau sangkakala. wallahu alam. tapi memang misteri. banyak tengok kat youtube derang rakam bunyi2 tu. pelik gak
HAARP ingat pulau Borneo tiada orang...cerdik!
kalau rahsia..macam mana penulis boleh tahu? heran! ingat beb..mereka nak memesaongkan akidah umat ISLAM...bunyi hanya allah yang tahu..dan allah maha berkuasa keatas tiap-tiap sesuatu!
macam2 betul la amerika ni..
Post a Comment