Monday, January 16, 2012

POTONG KUKU IKUT SUNNAH NABI | CARA DAN URUTANNYA


Salam sahabat, selamat hari isnin kepada semua. Hari ni aku nak berkongsi satu info berkaitan urutan cara potong kuku ikut sunnah Nabi Muhammad SAW. Aku dapat gambar ni dari panduanislam.com.   Kalau ikut pesanan orang tua-tua, potong kuku hari isnin ni sunat, dan ada hari-hari yang makhruh. pasal perkara ni aku tak boleh nak komen sebab aku bukan ahli dalam bab-bab ni. 

Mungkin sahabat yang ada info dan ahli dalam bab ni boleh kongsikan info berkaitan hari sunat dan makhruh potong kuku ni. Tapi dunia hari ni orang potong kuku main hentam jer hari apapun sebab semua hari yang dijadikan oleh Allah SWT ni baik.. betul tak ? cuma bagi aku, tujuh hari tersebut adalah baik tetapi ada yang terbaik dikalangan yang baik. Jadi apa salahnya kita kejar hari-hari yang sunat kan.

Jadi kalau ada masa terluang pada hari ini, dan tengok kuku pun dah panjang bolehla potong kuku tu yer...yang penting ikut susunan jari mengikut gambar di atas. Lagi satu jangan lupa 'like' fanpage harrazdani yer, insyaallah banyak lagi perkara dan info yang boleh kita kongsikan bersama.

Wassalam.

1 comment:

Cikya said...

saya ada buat pameran pasal ni masa Bulan Penghayatan Islam kat kolej.
ada senior tegur, bukan sunnah Nabi, tapi ada beberapa pandangan ulama' besar yang bagi panduan untuk potong kuku macam mana...

sebab takde hadith riwayatkan, ini sunnah nabi, cuma ulama'.

wallahu'alam.
nanti saya cari balik link tu kalau jumpa. :)