SARA1 | SARA 1MALAYSIA | SKIM AMANAH RAKYAT 1 MALAYSIA (SARA1MALAYSIA) DILANCARKAN | Untuk menambah pendapatan boleh guna dan menggalakkan minat melabur di kalangan golongan berpendapatan rendah, Kerajaan akan memperkenalkan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia atau SARA 1Malaysia yang amat bitara atau istimewa.
Skim ini dibuka kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang akan memanfaatkan 100 ribu isi rumah. Pelabur SARA 1Malaysia boleh memohon pinjaman RM5,000 dengan tempoh bayaran balik lima tahun. Pada akhir tempoh lima tahun, pelabur dijangka mendapat pulangan bersih yang menarik.
Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi melancarkan Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia) membabitkan peruntukan subsidi kerajaan sebanyak RM100 juta dan bakal memberi pulangan bersih antara RM5,000 hingga RM13,000 kepada rakyat berpendapatan bawah RM3,000 sebulan yang mengambil bahagian dalam tempoh lima tahun.
Majlis pelancaran Sara 1Malaysia diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini. Beliau berkata, golongan yang layak memohon skim tersebut merangkumi kombinasi pendapatan kasar bulanan suami isteri atau ibu bapa tunggal antara RM500 hingga RM3,000 sebulan
No comments:
Post a Comment