Thursday, January 12, 2012

[VIDEO] KEJUTAN DALIA TECK DI HARIJADI KHAIRUL FAHMI (APEK) | SEMOGA TERUS SUKSES APEK



Salam sahabat,  jom tengok video sambutan hari jadi yang ke 23 penjaga gol terbaik asia. Semoga beliau terus berjaya dalam dunia bola sepak. Aku harap suatu hari nanti beliau akan bermain di liga yang lebih besar seperti Liga J (Jepun) nak main di BPL tak mustahil tapi Malaysia kena tingkatkan ranking dulu lah sebab kedudukan sesebuah negara yang diwakili juga menjadi syarat kelayakan untuk bermain di sana.

'Jaga diri dan cepat-cepatlah khawin yer Apek', itu nasihat Menteri Besar Kelantan semasa majlis penyerahan kunci rumah sumbangan Kerajaan Negeri Kelantan baru-baru ini. Dan pesanan itu aku harap dipandang serius oleh Apek  untuk kebaikan dirinya. Akhir kalam semoga panjang umur dan terus sukses. 

p/s : esok lawan Selangor PKNS jangan kasi gol yer..;)

Wassalam

No comments: