Sunday, March 11, 2012

GAJI BARU GURU DG41 SELEPAS KENAIKAN 13 PERATUS | GAJI BARU DG41 MENGIKUT SKIM SSM KENAIKAN 13 PERATUS


GAJI BARU GURU DG41 SELEPAS KENAIKAN 13 PERATUS | GAJI BARU DG41 MENGIKUT SKIM SSM KENAIKAN 13 PERATUS. Salam sahabat terutamanya para guru diluar sana. Mungkin ramai yang tertanya- tanya berapa kenaikan gaji anda selepas Perdana Menteri mengumumkan SBPA dibatalkan dan kenaikan 13 peratus untuk kumpulan 1 sehingga 54 pada 8 MAC 2012.

Jadi aku tampal di atas tu Jadual GAJI BARU GURU DG41 SELEPAS KENAIKAN 13 PERATUS | GAJI BARU DG41 MENGIKUT SKIM SSM KENAIKAN 13 PERATUS. Sumber ni boleh dikatakan tak confirm lagi selagi pekeliling sebenar daripada Jabatan Perkhidmatan Awam dikeluarkan namun jika diikut secara matematiknya mungkin apa yang dimaksudkan dengan kenaikan 13 peratus tu adalah seperti jadual di atas. Sumber jadual aku dapat dari Kelab Guru Malaysia FB.

Aku percaya mungkin ada sesetengah guru yang tidak berpuas hati dengan kenaikan ini. Namun inilah sahaja yang kerajaan mampu sediakan untuk menghargai jasa-jasa penjawat awam khusunya guru yang bertanggung jawab mendidik anak bangsa. Kalau tak silap kenaikan pangkat daripada DG41 kepada DG44 masih dikekalkan mengikut 'time based'. Maknanya guru-guru DG41 yang telah berkhidmat lebih dari 8 tahun berpeluang untuk ke gred DG44 betul tak. Betulkan aku jika tersilap kerana aku bukan guru....Akhir kalam tahniah dan teruskan bakti mulia untuk mendidik anak bangsa.

9 comments:

p1
p2
p3
itu merujuk kepada apa?

anon 9:05

P1 merujuk perkhidmatan pertama..kalau tak silap saya..perubahan P1 ke P2 dan seterusnya berdasarkan keputusan prestasi tahunan dan bukan berdasarkan pergerakan gaji biasa...kalau salah sila perbetulkan..tq

ermmm...P1 P2 dan P3 mrujuk kpd kawasan perkhidmatan..P1 kawasan bandar P2 kwsan luar bandar dan P3 adalah pedalaman..gaji meningkat mngikut tahun (T1, T2...)..genap 8thun perkhidmatan gred akn dinaikkan drp DG41 ke DG44 dan setrusnya...

P1, P2, P3 tu anjakan pergerakan gaji laa.. Melintang ke, menegak ke.. Kalau lulus PTK (ni masa ptk punya cerita la), dpt 4/4, naik dr P1 ke P2, pastu kalau masa di P2, amik exam PTK (utk yg P2) dpt 4/4 lg, naik dr P2 ke P3.. Kompom bukan merujuk kpd kawasan perkhidmatan.. Selamaaat...

apa pn..syukur alhmdllh,mga Allah memberkati setiap rezeki yg kita perolehi

fresh kuar mktb gaji bape?xfhm..p1 p2.p3..nk tgok y mane sy kplspm

fresh kuar mktb p1 la kami dulu rm600 sj

Check betul-betul kiraan gaji anda yang kerani gaji buat. Sifir gaji tak publish to public. Maknanya kiraan gaji semata-mata bergantung kepada kerani gaji. Nak cerita... Saya dgn kawan sejawatan sama gaji masa dg41 awal tahun lepas rm2831.29 Saya naik dg44 bln mac 2011, ramai naik dg44 jan 2012. Malangnya.... Gaji saya rm3620.78 satu tangga di bawah mereka yg naik jan 2012 rm37xx.xx.. Tolong komen.... Saya rasa teraniaya.. Penganiayaan ni akan berlanjutan sampai pencen .... Sebab tak ada siapa yg akan revise gaji tu betul ke salah sampai pencen nanti.... Tolong saya siapa yg sama kes macam saya.... Terima kasih...

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More