Friday, May 4, 2012

KELANTAN VS LION XII FC 4 MEI 2012 | SIARAN LANGSUNG KELANTAN VS LION XII FC 4 MEI 2012


KELANTAN VS LION XII FC 4 MEI 2012 | SIARAN LANGSUNG KELANTAN VS LION XII FC 4 MEI 2012Selepas mempamerkan kebangkitan menyingkirkan Kedah pada aksi separuh akhir kedua Piala FA, Selasa lalu, kejaguhan Kelantan bakal teruji apabila melayan kunjungan pendahulu Liga Super, Lions XII di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini. Bertemu skuad bimbingan V. Sudramorty, The Red Warriors tidak mempunyai pilihan selain mencatatkan kemenangan pada perlawanan untuk merapatkan jurang mata bagi mencerahkan peluang merebut kejuaraan liga musim ini.

Perkara tersebut diakui sendiri oleh kapten pasukan, Mohd. Badri Radzi yang menegaskan, tiga mata perlu diraih oleh pasukannya pada perlawanan itu seandainya mahu meneruskan tekanan kepada wakil Singapura yang mendahului carta liga ketika ini.“Harapan kita untuk perlawanan ini ialah mencatatkan kemenangan bagi merapatkan jurang mata. Walaupun mereka lebih tiga perlawanan, namun kesempatan ini perlu digunakan sebaik mungkin pada pertemuan ini.

“Pertemuan ini menjanjikan aksi sengit, mereka pasti mahu menang di sini untuk menjarakkan kedudukan dengan kita. Begitupun saya dan rakan-rakan tidak akan memberikan laluan mudah buat mereka dan memastikan kemenangan menjadi milik Kelantan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.Tambah Mohd. Badri, dia mahu rakan sepasukan memberikan komitmen sepenuhnya pada perlawanan tersebut.

Sementara itu, pengendali Kelantan Bojan Hodak berkata, meskipun bakal turun tanpa beberapa tonggak yang menjalani penggantungan seperti Daudsu Jamaluddin dan Mohammad Ghaddar, beliau tetap mempertaruhkan barisan terbaik pada perlawanan itu.“Berkemungkinan saya akan mempertaruhkan gandingan Mat Yo (Norshahrul Idlan Talaha) dan Nor Farhan Mohammad untuk mengetuai jentera serangan Kelantan,” tegasnya. PERLAWANAN KELANTAN VS LIONXII AKAN DISIARKAN SECARA LANGSUNG DI ASTRO ARENA SALURAN 801 JAM 0845 MALAM. LIVE STREAMING KELANTAN VS LION XII FC  JIKA ADA AKAN DIUPDATE. SUMBER

1 comment:

Ira Nira said...

tahniah TRW =)..