MANCHESTER City bangkit untuk menjaringkan dua
gol pada waktu kecederaan, sekali gus menjulang juara Liga Perdana Inggeris
(EPL) buat kali pertama dalam lebih empat dekad. Ia kemenangan pertama bagi kelab itu selepas
kali terakhir menjulangnya pada 1968.Dalam perlawanan dramatik, Manchester City,
yang menjaringkan gol awal pada separuh masa pertama, ketinggalan 2-1 sehingga
permainan masuk waktu kecederaan.
Gol pertama Manchester City dijaringkan oleh
Pablo Zabaleta.Pengadil memperuntukkan waktu kecederaan tujuh minit. Edin Dzeko
dan Sergio Aguero menjaringkan gol pada waktu kecederaan. Ia juga dilihat sebagai kemenangan dramatik
ketika pesaing terdekatnya, Manchester United (MU) bersiap sedia untuk meraikan
gelaran buat kali ke-20 selepas ia menewaskan Sunderland 1-0.Bagaimanapun impian
itu berkecai ekoran kebangkitan Manchester City pada waktu kecederaan. sumber
p/s : Tahniah aku ucapkan kepada Man City. Kejuaran yang ditunggu selepas 44 tahun akhirnya berakhir. Apa yang pasti semalam merupakan sejarah baharu untuk kelab tersebut dan nama Roberto Mancini akan terpahat sebagai wira sepanjang zaman di City. Apapun aku harap pencapaian ini konsisten, dah banyak kita lihat kelab-kelab yang merangkul kejuaran liga akhirnya suram, hanya bertahan dua atau tiga musim lepas tu malap dan seperti biasa kejuaran hanya didominasi oleh sebuah kelab yang tak perlu aku perkenalkan lagi. huhu.
No comments:
Post a Comment