Sunday, May 13, 2012

PERISTIWA 13 MEI 1969 | PERINGATAN ALLAHYARHAM TUNKU ABDUL RAHMAN BUAT KITA SEMUA


Salam sahabat, hari ini merupakan 13 MEI 2012,  ramai orang lebih tertumpu kepada hari meraikan seorang insan bernama ibu, ummi, emak, mama dan macam-macam lagi panggilan yang kita ungkapkan buat seorang insan yang melahirkan kita ke dunia ini. Terima kasih ummi atas segalanya sememanganya jasamu tidak ternilai dan tak terbalas sampai ke akhir hayat. 

Hari ni bukan aku nak bercerita tentang hari ibu kerana dah banyak orang sebut pasal benda ini, yang aku nak sebut hari ini ialah tentang signifikannya tarikh 13 MEI kepada negara kita. Ada orang kata perkara buruk tak perlu diingati dan dikenang. Bagi aku ia adalah satu anggapan dan andaian yang silap.

Masa lampau yang buruk mahupun baik perlu kita kenang..kenang sebagai satu pengajaran untuk kita jadikan panduan di masa hadapan. Macam kita memandu juga..kalau takde side mirror dan cermin pandang belakang, jawabnya memang kita boleh memandu dan akan terus ke depan tetapi perjalanan kita akan terasa tidak selamat dan was-was..tersilap langkah kita 'gol'. 

Jadi hari ini aku nak ingatkan kepada sahabat semua tentang peristiwa 13 MEI 1969 yang berlaku di negara kita 43 tahun yang lalu. Macam mana kita nak 'feel' peristiwa tersebut kerana kita bukan hidup dizamannya ?..jadi jawapannya baca !!!! carilah bahan-bahan ilmiah tentang peristiwa ni..pelbagai versi..ada versi yang kata macam tu..ada pula yang kata macam ni...

Jadi dalam banyak-banyak versi aku pilih satu buku yang ditulis sendiri oleh orang yang paling penting dalam negara pada waktu kejadian tersebut iaitu Allahyarham Tunku Abdul Rahman dalam bukunya '13 MEI SEBELUM DAN SELEPAS' buku ini  simple namun serba sedikit dapat memberi gambaran yang jelas kepada kita semua tentang bahayanya apabila sentimen perkauman dinyalakan...kerana impaknya mampu membakar kesepaduan dan kedamaian yang dibina sebelumnya. 

Marilah kita semua hayati apa yang dinukilkan oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahman ini agar kita  semua lebih menghargai apa yang sedang dan telah kita semua kecapi . Alhamdulillah

"13 MEI merupakan satu pengalaman dan pengajaran yang tidak dapat kita semua lupakan buat selama-lamanya. 
Kerana kejadian itu dapat menunjukkan kepada kita semua tentang bahaya-bahaya yang boleh timbul seandainya kita terlampau lalai dan cuai.

Kita seharusnya bangga dengan apa yang telah kita capai. Dengan semangat perpaduan dan keharmonian serta kerjasama dan rasa muhibah, maka kita telah mengatasi segala kesulitan untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran yang tidak ada tolok bandingnya.

Oleh itu amatlah  mustahak bagi kita semua untuk cuba sedaya upaya hidup bersama-ama dan cuba memahami satu ama lain dengan semangat persefahaman, hormat menghormati agar kita dapat memelihara keharmonian dan keamanan." 
- Tunku Abdul Rahman, 1969-

Hari ini ungkapan ini perlu kita renung kembali, bukan aku ingin memomokkan sahabat semua tentang peristiwa yang menggoncang hati 1Malaya ini, aku benci mereka yang menggunakan peristiwa ini semata-mata demi kepentingan survival politik sempit mereka.  Ingin menunding jari siapa salah dan betul juga jauh sekali, tetapi sekadar ingin mengajak sahabat semua berfikir apa tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia yang ingin melihat negara ini terus makmur dan maju selari dengan tuntutan keadilan yang luhur dan semangat pemuafakatan yang tinggi diantara semua kaum dan agama agar kita semua tidak lagi saling syak dan berperasangka negatif sesama kita.

Wassalam.

1 comment:

Tengku A said...

Terima kasih atas info berguna, Tuan.

Sila Like page kami di:
www.facebook.com/TandaPutera

Sebuah filem yang turut memaparkan peristiwa berdarah 13 Mei.

Terima kasih.