Salam sejahtera, semalam industri hiburan tanah air digemparkan oleh "kematian" Osman Kassim a.k.a Osman Kering. Tup-tup keluar pula berita beliau belum mati lagi..haiyooo di Malaysia hari ni aku lihat dah jadi trend cerita-cerita tentang mati-mati ni disebarkan tanpa maklumat yang jelas dan tepat. Cuba bayangkan kalau kita dipihak pesakit dan famili terdekat individu yang belum mati tapi dah dikatakan mati itu.
Sejak aku berblog, aku tahu serba sedikit atau secara asasnya tentang bagaimana nak up traffic melalui teknik-teknik 'keyword' kalau dalam bahasa bloggingnya teknik SEO untuk menarik trafik dari laman carian seperti google, yahoo dan sebagainya. Senang citer siapa yang update dengan keyword yang tengah hangat dicari di laman carian akan mendapat kunjungan yang tinggi.
Jadi aku tak pelik kalau berita-berita sebegini cepat jer tersebar kerana sekarang kita ada blogger-blogger yang gila trafik yang mana tidak mengambil kira titik butir maklumat yang diperolehi sebelum dijadikan bahan berita atau cerita. Kebanyakan blogger yang gila trafik ini akan menerima bulat-bulat apa yang diterima tanpa usul periksa kesahihan maklumat tersebut. Tak salahpun kalau nak cari trafik, tapi kena berpada-pada laaa..ni sampai berita yang menyentuh sensitiviti pun nak dibuat main tak boleh laa kawan...gunakan hak berfikir sebelum kita persoalkan hak-hak yang lain.
Apa yang penting Osman Kering dikhabarkan masih lagi kritikal di HUKM. Marilah kita bersama-sama mendoakan kepada allah SWT agar beliau kembali sihat.
1 comment:
sama2 lah kita berdoa atas kesihatan beliau
Post a Comment