Saturday, April 30, 2011

no title....???

oleh  harrazdani : 

Apabila nabi SAW bangun bersolat pada malam hari , baginda membuka solatnya (membaca doa iftitah) seperti berikut, yang bermaksud :

"wahai tuhan Jibril, Mikail, Israfil, pencipta langit dan bumi, mengetahui yang ghaib dan yang nyata!, engkau menghukum apa hamba-hamba-MU berselisihan antara mereka. Tunjukkan daku kebenaran tentang apa yang dipertikaikan dengan izin-MU, sesungguhnya Engkau menunjukkan sesiapa yang engkau kehendaki ke jalan yang lurus. (Riwayat Muslim)

Demikian doa seperti ini dengan keindahan bahasanya- menusuk jiwa di kesunyian malam, di kala manusia lain masih nyenyak tidur dan tenggelam dalam mimpi. kalau boleh kita semua merayu agar ditunjukkan jalan yang lurus atas segala perselisihan yang tidak berpenghujung dalam masyarakat islam pada hari ini. di zaman kegawatan tingkah manusia yang yang bagi saya semakin tergelincir dari landasan kenormalan.

Setiap pihak mendakwa dia yang benar, puak sana yang salah. satu pihak lagi menuduh sebaliknya. sehingga kita tidak tahu siapa syaitan yang bertopengkan malaikat, atau malaikat yang dituduh syaitan. nauzubillah. semoga kita semua mendapat petunjuk dariNYA.

4 comments:

Pembawa_Wacana said...

Semoga kita mendapat keberkatan dari-Nya..:)

harrazdani said...

PW : kadang2 rasa terkilan apa yang berlaku dengan politik orang islam sekarang..

ridwan said...

keep posting bro! nice blog :)

harrazdani said...

thanks....