Monday, May 16, 2011

Berakhirnya sebuah kisah Naik yang tak Naik....


Apabila PM mengumumkan beberapa hadiah istimewa kepada guru sempena hari guru pada hari ini, maka berakhirlah sebuah penantian dan harapan. mengapa saya anggapkan ia penantian, kerana berita hadiah istimewa ini telah digembar-gemburkan oleh media dan cerita dari mulut ke mulut sejak beberapa hari yang lepas, dan mengapa saya katakan harapan kerana ada harapan yang disandarkan terhadap penantian tersebut.

Apa pun, apa yang diumumkan oleh PM petang tadi adalah satu langkah yang bagi saya "long term benefit" kepada semua warga pendidik, walaupun agak tidak  populis tetapi jika difikirkan Kerajaan lebih mementingkan perkembangan kerjaya dan mengiatkan usaha memperkasa profesion perguruan agar berada di tempat yang sepatutnya pada masa hadapan. antara hadiah-hadiah yang diumumkan ialah :-

1. Kenaikan pangkat mengisi kekosongan jawatan,
2. Kenaikan secara khas untuk untuk penyandang (KUP),
3. Kenaikan pangkat untuk pengetua dan guru besar cemerlang,
4. Kenaikan pangkat berdasarkan tempoh perkhidmatan,
5. Kenaikan pangkat guru cemerlang.

Semuanya di atas bermula dengan naik...dan saya percaya apa yang diharapkan oleh 99.99% guru di Malaysia untuk naik, tetapi tidak naik...tetapi jangan kecewa, segala langkah yang dibuat ini adalah untuk mencapai objektif itu, cuma perlukan usaha dan masa..insyaalah  saya berharap semua guru bulatkan niat dan tanamkan azam untuk lebih cemerlang, jadikan hadiah-hadiah ini sebagai batu loncatan untuk para pendidik membuktikan yang mereka boleh maju dan terus cemerlang berlandakan di atas kesungguhan dan usaha masing-masing.

Ingatlah jika allah ingin memberi rezeki pada hambanya, tiada satu tangan pun yang boleh menghalangnya, dan jika sebaliknya, tiada satu tangan pun yang boleh menghulurkannya.

3 comments:

berita sengsasi said...

naikkan kerajinan
naikan suara dan ketegasan
tp jgn naik tangan nanti kena naik mahkamah

harrazdani said...

betul!!!! jgn naik tangan dan naik angin.....

ABU said...

haish!! aku nak sgnt jadi guru..tp tak dapat2..sabo ja la..
krajaan bnyk bagi kelbihan kerja sbagai guru..best..nak jugak...