Wednesday, May 11, 2011

Biasakan yang betul, betulkan yang biasa.


Sungguh bertuah rakyat Kelantan yang mempunyai seorang raja  yang  sanggup mengubah perkataan "Daulat Tuanku " kepada ucapan "Allahuakbar" semata-mata mahukan mereka yang mengucapkannya mendapat pahala..

"Perkara pertama yang terlintas di dalam fikiran sebaik sahaja menaiki takhta Kesultanan Kelantan pertamanya ialah untuk memilih nama rasmi yang akan dipakai selaku Sultan iaitu Sultan Muhammad V dan perkara kedua ialah untuk menukar seruan “Daulat Tuanku” yang lazim digunakan sebelum ini kepada seruan “Allahu Akhbar”. Pada pandangan saya, inilah yang paling sesuai kerana secara tidak langsung siapa yang melafazkannya akan memperolehi pahala. Itulah yang terbaik untuk rakyat saya."- sultan Muhammad V


Secara umumnya seluruh rakyat Malaysia bertuah kerana mempunyai raja yang sentiasa mahukan rakyat di bawahnya  bahagia dan makmur, berbagai-bagai cara untuk merialisasikan hasrat tersebut salah satunya adalah seperti di atas. 

Moralnya "biasakan yang betul" dan "perbetulkan yang biasa".:-)

9 comments:

Ayie said...

Raja adil raja disembah.. Raja zalim raja disanggah..

Anonymous said...

Raja juga manusia biasa..darah pun warna sama kan..???Semoga Kelantan terus maju di bwh pimpinannya

Lady ★ Hanna said...

mulia tol sultan kelantan nie.. bkn sng nk dapat raja mcm nie.. harap sultan @raja terengganu jugak buat cm 2..

harrazdani said...

AYIE : fuhh ayat cam hang tuah
fitri senin : setuju
awan nano : yang baik harap jadi ikutan...

NUR said...

susah nak jumpa one in a million macam ni kan..

Unknown said...

alhamdulillah. teruja baca entry ini. =D

harrazdani said...

nur : setuju
nurul : alhamdulillah harap jadi ikutan semua.

adan said...

wah.. saya baru tahu pasal ini.. semoga kelantan maju di bawah pimpinan sultan..

yg penting maju bersama agama islam yg kuat..

Shahir said...

dah lama tak online.baru dapat singgah di sini.banyak terlepas episod rupanya. ;)

pemimpin... makin rendah ke tanah, makin dipandang tinggi oleh rakyat :)