Thursday, May 12, 2011

apa lagi yang perlu dijimatkan????.



Semalam banyak blog heboh pasal kenaikan harga gula, sebelum itu kecoh pasal harga minyak RON 97,  kita jangan melihat isu kenaikan harga minyak ini hanya sekadar masalah isi minyak jer. seringkali kita dengar, kenaikan RON 97 tidak akan memberi kesan kerana kerajaan memberi alternatif RON 95 kepada rakyat....nampak mudah dan logik bukan..tapi apa jadi dengan kualiti hidup kita...cadangan tersebut bagi saya sedikit sebanyak akan mengurangkan kualiti hidup?  setuju...kalau tak setuju tak mangapa...ada kawan saya cakap barang takkan naik sebab lori mana pakai RON 97...tetapi kita jangan lupa dalam ekonomi wujudnya kesan berganda (multiply effect) kesannya akan mengakibatkan inflasi dan kenaikan harga barang. sesungguhnya, lori yang membawa barang sebelum sampai kepada pengguna akhir seperti kita ini telahpun melekat tanda harganya....

Berbalik kepada harga gula..mungkin isu ni semua orang dah tahu, tapi saya melihat kenaikan kdua2 komoditi  ini dari dua sudut yang berbeza...positif dan negatif...pada tahun lepas kenaikan sebanyak RM 0.45 yang melibatkan kenaikan sebanyak tiga kali daripada RM1.65 kepada RM 2.10. dan pada tahun ini buat julung kalinya harga gula dinaikkan sebanyak RM 0.20 menjadi RM 2.30. Perkara ini sebenarnya rakyat Malaysia tak perlu terkejut kerana Kerajaan awal-awal lagi dah umumkan dalam dasar rasionalisasi subsidi dimana harga komodoti tersebut termasuk tepung, gas memasak dan petrol akan dikaji dan harganya disemak setiap enam bulan...maka jangan terkejut harga barangan tersebut akan naik lagi selepas ini..dan saya lihat dasar ini berjalan dengan jayanya, tanpa apa-apa halangan dan tentangan dari rakyat Malaysia...itu yang positifnya..

Yang negatifnya..disaat plan rasionalisasi subsidi ini berjalan, ia dilihat tidak seimbang dan selari dengan keupayaan rakyat dan pendapatan boleh guna rakyat. dimana harga barangan keperluan dinaikkan mengikut jadual yang telah ditetapkan manakala pendapatan boleh guna rakyat di lihat tidak berubah malah dilihat semakin terhimpit. Mengapa saya katakan pendapatan boleh guna ?  jika kita fikirkan...memang ada kenaikan gaji setiap tahun tetapi adakah jumlah tersebut jika ditolak dengan jumlah hutang dan kos sara hidup yang meningkat akan ada peningkatannya...maknanya...kuasa beli kita ditahap yang sama.....

Maka hari ini timbulnya seruan supaya mengubah gaya hidup agar lebih berjimat cermat dan kurangkan gula dalam nutrisi pemakanan kita..lepas ni mungkin ada yang mengurangkan makan nasi lemak daripada sebungkus seorang kepada sebungkus yang dikongsi bersama. Air tea  'O" yang memang sudah tidak bergula akan lebih ceroi warnanya kerana menyahut seruan berjimat  dan kurangkan gula. maka selamat negara kita ini kerana tukang kebun, buruh kasar, penoreh getah, pemandu teksi dan dll sewaktu dengannya telah menyahut seruan itu. sesungguhnya....sebelum harga minyak dan gula naik....sudah sekian lama mereka ini yang berada dirumah flat yang sempit, di kampung yang rumahnya seperti tidak beratap apabila hujan turun telah berjimat makan dan pakai. saban hari beliau mengira sisa-sisa yang ada untuk meneruskan hidup sebelum harga-harga barangan keperluan ini naik. jangan sampai  mereka berkata apa lagi yang perlu dijimatkan????? 

P/S entry ini saya tujukan khas kepada pakcik pengawal keselamatan yang saya bersembang dengannya petang tadi. rintihanya buat saya berfikir sehingga sekarang.

7 comments:

ABU said...

fuh! sgnt setuju dgn anda.. yang penting gaya idup kita, jgn asyik nak boros jak.. pemakanan pun kena jaga jugak.. makan gula banyak..penyakit pun banyak jugak..

renung2 kan la..orng kita ni mmg asyik nak mengeluh jak..sedangkan ada kebaiknya jika dipandang daripada sudut lain..

kemain lagi ayat aku..:)

hantu said...

jum berjimat cermat.hehe nge ;)

adwafarahin said...

kene berjimat la pasnie...
mungkin de hikmah juga kenaikan harga gula nie

tieykah said...

gula mahal sebab tak nak bagi rakyat Malaysia kencing manis kot.:)

owh,nsib sy tidak suka mknan manis.:p

cikji said...

sgt setuju,semua naik.so,kita kene lbh berjimat.nasib baik sy dh biasa mnum air xmanis ^_^

Afiq Din said...

yg susah makin susah, yg senang makin senang

harrazdani said...

abu : ada pro dan kontranya
hantu, adwa , tiekah, cikgi : kalau orang dah susah apa lagi yang nak mereka jimatkan...
afiq : ekonomi kapitalis..