Thursday, May 12, 2011

nilai keikhlasan pada hari ini.



Hari ini kita dengar cadangan kerajaan untuk mewujudkan satu undang-undang yang mewajibkan anak memberi nafkah kepada ibu bapa...cadangan ini kalau difikirkan sangat bagus dan bersesuaian dengan keadaan hari ini yang dilihat ada segelintir anak yang mengabai tanggungjawab mereka pada ibu bapa...tp cadangan ini baru diperingkat perbincangan tak tahulah jadi ke tak.

Akan tetapi kalau difikirkan di negara kita Malaysia  yang tercinta ini..keadaannya tidaklah sekritikal negara-negara luar termasuklah di negara-negara maju lain. Saya berpendapat belum sampai masanya lagi Malaysia ke tahap menguatkuasakan undang-undang bagi tujuan tersebut. ini kerana kita sebagai sebuah negara islam yang mana agama amat menekankan tentang hubungan kekeluargaan dan kasih sayang sesama insan apatah lagi ibu bapa. selain daripada itu, jika benar cadangan ini diimplimentasikan, saya belum tahu lagi bagaimana sistem ini akan berjalan, tetapi jika difikirkan dari segi lojik akal. kebarangkalian secara tidak langsung  ianya sedikit sebanyak akan  menggugat hubungan kasih sayang antara ibu bapa dan anak. ini kerana, seorang anak akan terpaksa memberi nafkah kepada ibu bapa mereka tanpa keihklasan lagi dan hanya mengikut peruntukan undang-undang sahaja.

Sememangnya, ibu bapa kita, sebenarnya tidak mengharap sangat pun wang ringgit yang dihulurkan...cuma apa yang penting bagi mereka ucapan bertanya khabar, pulang menjenguk mereka di ruang masa terluang dan sentiasa menghormati mereka. tetapi tak dinafikan juga bantuan kewangan pun penting tapi berilah sekadar yang termampu..mereka sememangnya faham akan kemampuan anak masing-masing jangan tak bagi langsung.

Baru-baru ini kita baru lepas bayar cukai pendapatan bukan?...jadi apa kata kerajaan masukkan pemberian nafkah kepada ibu bapa sebagai satu elemen di dalam list untuk pengecualian cukai pendapatan. tak perlu wujud undang-undang wajib bagi nafkah. sebelum ini telah sedia ada pengecualian cukai sebanyak maksimum RM 5000.00 kepada mereka yang membiayai perbelanjaan kesihatan ibu bapa...tetapi pasal beri nafkah belum ada seperti apa yang saya cadangkan. Mungkin ada orang yang akan kata, kalau macam tu dah tak ikhlas lah....tapi  dalam list itu juga colum jumlah zakat yang dikeluarkan untuk setahun juga perlu diisi agar mendapat pengecualian cukai...jadi di mana keikhlasan sebenarnya kalau kita ingin berbicara soal keikhlasan pada hari ini.

P/S selamat hari jururawat kepada seluruh jururawat di malaysia...jasa bakti anda amat dihargai...:-)

6 comments:

CutieIntan said...

takut tak dapat membalas jasa ibu dan bapak..hurmmmm..sedihnyaaa!!!

harrazdani said...

jasa mereka takkan terbalas...:-)

Elle Elyssa said...

elle cemana susah pun akan bg juga duit kat mak. x pernah miss pun

harrazdani said...

elle elyssa : nice :-)

udin said...

hurm.. sy setuju dgn pendapat saudara.. tak perlu wujudkan undang wajib bagi nafkah ini.. sebagai anak sewajarnya tahu tanggungjawab mereka terhadap ibu bapa masing2..

harrazdani said...

udin : dunia sekarang....nilai tanggungjawab dah kurang.