Thursday, May 12, 2011

"Segmen Blogger Support Blogger".


jom join bloger support bloger klik SINI

Apabila baca blog aan ada buat segmen berkenaan bloger support bloger ni, rasa teringan nak berkongsi pandangan dan pendapat dengan kawan-kawan lain...saya bukannya otai dalam dunia blog ni, masih baru dan banyak lagi kena belajar...cuma saya lihat segmen ni besesuaian dengan saya yang masih baru dan untuk mencari lebih ramai kawan di dunia maya ini dan boleh serba sedikit berkongsi pendapat.

Bicara pasal bloger support bloger ni saya sebagai newbie dalam bloging berpendapat terdapat beberapa cara bagaimana setiap bloger itu untuk cuba support antara satu sama lain. kalau bloger yang dah otai, cara dieorang support kawan-kawan baru dalam dunia maya ni dengan cara buat banyak tutorial dan bagi tips-tips yang berguna untuk lebih maju dalam dunia berblog ni, saya selalu rujuk nasihat dan tips daripada bro wacana untuk dapatkan tips daripada entry-entry beliau yang lepas. selain daripada itu, otai-otai blog ini juga, akan menunjukkan sokongan mereka dengan jadi follower kita yang masih baru ni....bloger-bloger yang masih baru kalau otai follow lagi rasa tambah semangat, betul tak....just follow pun dah kira ok. mungkin tak sempat jenguk pun entry yang kita buat, tapi bagi saya yang baru ni, itu sudah memadai....yang penting kita dapat sedikit ilmu daripada mereka.

Cara bloger pertengahan support bloger2 baru saya lihat dengan cara, mereka akan lawat  blog kita kadang-kadang tetapi setiap kali melawat mereka pasti akan tinggalkan komen di entry-entry baru yang kita buat. komen yang mereka berikan kebanyakannya panjang dan bernas....sememangnya setiap komen yang diberikan pada setiap entry memainkan peranan yang amat penting pada seseorang bloger untuk mengukur sejauh mana nilai dan tarikan sesuatu entry yang dihasilkan. selain daripada itu mereka juga akan meninggalkan jejak di shoutbox.

Dan yang akhir sekali, macam mana bloger baru support bloger baru, mereka akan lebih menumpukan kepada bagaimana untuk tambah follower....follower dalam sesebuah blog sangat-sangat memainkan peranan pada sesebuah blog. kerana jumlah follower merupakan kayu ukur samaada blog tersebut menarik ataupun tidak. mereka yang baru akan seboleh-bolehnya akan follow balik mereka yang follow..lebih kurang i follow u, u follow me back laaa...dan ayat-ayat ini sangat popular di shoutbox. tetapi kadang-kadang mereka hanya follow lepas tu langsung tak kembali dah...ini saya gelar sleeping follower..lebih kurang sleeping partner la. yang follow dan sering kali datang menjenguk, ini merupakan aktif follower dan saya mungkin dianggap active follower kepada blog-blog yang saya follow.:-) . selain daripada itu, mereka2 ini selalu blogwalking, kadang2 tak baca pun just jerit kat shoutbox jer...tapi tu pun kira ok laaa untuk menaikkan trafik visitor.

Ape pun ada macam-macam lagi cara bloger support bloger ni...ni yang dapat saya lihat dan renung sepanjang menceburi dunia bloging ni sejak febuari yang lalu...apapun sokongan daripada kawan-kawan memang amat-amat diperlukan dan terima kasih...

12 comments:

iLa suHaiLa said...

gudlark kwn!
asam garam dlm dunia blog nie bnyak..hehe

harrazdani said...

IS : thanks....u too...gud luck.

Norizyana said...

dah follow..:)
setuju sgt dgn entry nih..spe lg nk support blogger kalo bkn blogger sndiri..kn~

dpd entryy aan.

udin said...

yeah! segmen ni menarik.. ya sepatutnya mcm tu la.. blogger ni satu komuniti.. sepatutnya saling bantu membantu antara satu sama lain.. tak best la kalau wat isu gaduh2 sana sini.. padahal bukan isu besar mana pun kan.. hehehe.. (sekadar pandangan peribadi) :D

kotak bulat said...

panjang entry ni ye.. heehehe..
setuju.. lagi-lagi yg baru..

Recent post : CINTA SEKOLAH WAKTU DULU
LARI SEBELUM AKAD NIKAH

aii si colourfulroses said...

salam perkenalan.. blogger support blogger =)

cik ungu said...

salam kenal..:)
singgah dari BSB..

iLa suHaiLa said...

dtg cni lah plak..hehe

farahlisa said...

salam perkenalan :)

Norizyana said...

awk, link kn ke blog sifu sy nabihancakap..sory2, silap info...sy paste link awk kesane k ;)

Izzat Nazmi Saiful Bahri said...

teruskan support blogger2 lain.... ^_^

eienrazak said...

eien datang utk BSB :D