Alhamdulillah blogspot dah ok , entry 12 hb pun dah kembali cuma komen yang belum pulang. harap ianya akan pulang kembali kerana komen dari kawan-kawan amat saya hargai. Actually idea ni semalam, tetapi masih belum terlewat jika saya sampaikan juga untuk dikongsi dan faedah kita bersama. Kelmarin genap 42 tahun negara kita menghadapi konflik perkauman sehingga mencetuskan beberapa peristiwa yang menjadi satu tragedi hitam kepada sejarah keharmonian kaum di negara ini.
Saya bukanlah ingin membangkitkan ingatan kita kepada perkara-perkara yang tidak baik sebegini, tetapi bagi saya cukup sekadar semua rakyat dan jenerasi yang akan datang mengetahui peristiwa tersebut dan mengambil roh positif disebaliknya untuk dijadikan tauladan dan sempadan kepada kita semua yang hidup dalam negara yang berbilang kaum dan agama ini...ia penting khususnya kepada jenerasi sekarang dan akan datang mengetahuinya agar menjadi ikhtibar tentang peri pentingnya sifat tolak ansur, hormat menghormati dan saling memahami antara satu sama lain dalam konteks sebuah negara berbilang kaum dan agama seperti di malaysia ini.
13 Mei 1969 merupakan satu pengalaman dan pengajaran kerana kejadian itu dapat menunjukkan kepada saya dan kita semua tentang bahaya-bahaya yang akan timbul dan boleh timbul sekiranya kita terlampau lalai dan cuai. Kita seharusnya bangga dengan apa yang telah kita capai. Dengan semangat perpaduan dan keharmonian serta kerjasama dan rasa muhibbah, maka kita sekarang telah mengatasi segala kesulitan untuk mencapai kemajuan dan kemakmuran yang tidak ada tolok bandingnya. Oleh itu, amatlah mustahak bagi kita semua tidak mengira bangsa dan agama untuk cuba sedaya upaya hidup bersama-sama dan cuba memahami dan bertolak ansur antara satu sama lain bagi menjamin keamanan dan kemakmuran negara yang tercinta ini agar terus aman, makur dan sentosa.
Kadang-kadang teringin nak tengok semangat perpaduan dan pergaulan rakyat malaysia di era 80 an dan awal 90an dulu...bersatu terutamnya dalam bidang sukan bola sepak dan badminton...sama-sama membawa pasukan bola sepak malaysia layak ke olimpik dan bersama-sama menjulang piala thomas untuk sukan badminton 1992. tetiba teringat kepada gandingan mantap skuad negara pada ketika itu, iaitu anak-anak sidek, foo kok keong, chia soon kit, soo beng kiang dan kwan yoke meng. sekarang 2011 sambutan dari kaum lain tentang bola sepak kita sudah agak hambar...nasib baik jurulatihnya diisi dari kalangan kaum lain..kalau tidak sukan bola sepak akan jadi sukan orang melayu dan badminton akan jadi sebaliknya....
3 comments:
sebelum ni saya tak pernah tahu pasal 13mei.. ehehe..
apa punca sebenar permasalahan 13mei ni?
adan : panjang ceritanya...;-)
adan- adessss =.='' sedih nye tak tahu punca..
harrazdani- perkara ini inshaallah tidak akan tercetus lagi.. dan sama2 kita doakan tak terjadi.
tapi hakikat kita masih berperang dari segi ekonomi..
kalau nak tgk 1 malaysia sebenar.. dtg lah convent :)
Post a Comment