Saturday, May 21, 2011

dari youtube ke dunia blog...


        
                                                       




Sambil-sambil dengar ceramah ustaz Kazim Elias kat Youtube ni...saya terdetik nak sampaikan isi ceramahnya ke dalam dunia blog. Intipati ceramahnya ialah.

Nabi Muhammad SAW telah bersabda dalam satu hadis: seburuk- buruk  dari umat aku ada dua jenis manusia iaitu, yang pertama kedekut- yang dia bimbang apabila dia pemurah atau bersedekah  dia akan jadi papa kedana dan yang kedua penakut, takut untuk menyuarakan kebenaran, takut untuk menyuarakan hak. Dan umat yang paling baik daripada umatku adalah mereka yang paling baik akhlaknya.

Perlumbaan untuk menjadi baik kadang-kadang tidak berakhlak seperti :-

1) Pakaian kita semasa mengadap allah
2) Pergi masjid tak hormat masjid, tiada tahiyyatul masjid, sebelum keluar masjid tiada wirid tiada doa...
3) Dalam sembahyang tidak berakhlak, macam-macam pergerakan dibuat.

Dalam satu peristiwa, semasa nabi Muhammad SAW naik ke mimbar, pada tangga pertama Rasulullah berhenti dan angguk dan berkata amin, Rasulullah naik lagi pada tangga kedua, baginda berhenti sekali lagi dan angguk sambil berkata amin..sampai tangga ketiga sama juga perlakuan baginda..selepas selesai  berkhutbah sahabat bertanya, mengapa baginda berkelakuan sedemikian. lantas baginda bersabda, malaikat jibril datang menahan aku dan berkata, sesiapa yang masuk bulan ramadhan  dan keluar dari bulan ramadhan dalam keadaan allah tidak mengampunkan dosanya itu lah orang yang celaka. nabi angguk dan baginda kata amin.

Pada tangga kedua, jibril berkata, manusia yang mempunyai ibu bapa tetapi gagal mendapat syurga dari keduanya maka orang itu celaka. Rasulullah angguk dan berkata amin.

Pada tangga ketiga, jibril berkata apabila disebut nama nabi Muhammad SAW dan tidak menjawab selawat ke atas nabi, mereka ini adalah celaka. nabi angguk dan berkata amin. Ketiga-tiga perkara di atas adalah bersangkut paut dengan akhlak.

Nabi bersabda, macam mana nak kenal akhlak yang paling baik...akhlak yang paling baik nabi berkata, akhlak dengan isteri-isteri kamu. Mengapa ? salah satu contoh ustaz kazim bagi iaitu.
- Berapa ramai suami yang makan, ingat pada isterinya...berbanding pada rakan-rakannya.
- Berapa ramai suami mengucapkan terima kasih pada isterinya kerana memasak untuknya.

Kesimpulannya kita sebagai umat islam patut menjaga akhlak kita dengan Rasulullah SAW, ibu bapa dan anak-anak kita. inilah sedikit sebanyak yang saya rasa isi-isi penting dalam kuliah ustaz Kazim ini. Renung-renungkan dan selamat beramal.

3 comments:

adwafarahin said...

insyaAllah akn cuba menjaga akhlak :)

harrazdani said...

adwa : sama-samalah kita...

arituarini said...

info yg berguna bro..tq.