Saturday, May 28, 2011

perlukah kita reply setiap komen yang diterima??



Selamat berhujung minggu., "perlukah kita reply komen di ruangan komen setiap entry?". kalau saya kata TIDAK  mungkin ramai yang tidak bersetuju kerana ianya mungkin menampakkan kita tidak membaca komen-komen tersebut, tetapi adakah mereka yang memberi komen akan datang balik melihat jawapan mereka?. atau mungkin juga komen balas yang kita berikan akan menarik minat orang lain untuk turut serta memberi komen. Dulupun  saya selalu reply komen, tetapi sekarang saya rasa nak ubah pendekatan sikit.

Bagi saya kadang-kadang kita tidak perlu reply setiap komen yang diberikan melainkan persoalan yang ditimbulkan benar-benar memerlukan jawapan daripada tuan blog sebab kebarangkalian bloger yang komen tu akan kembali ke blog kita dan ingin melihat jawapan kepada persoalan yang ditimbulkan.

Bukan bermakna kita tidak reply komen tersebut kita ni tidak menghargai sesuatu komen yang diberikan, bagi saya cara untuk kita lebih menghargai bloger yang memberi komen tersebut dengan cara blogwalking balik ke blog beliau dan baca entry terbaru di blog tersebut. sebaiknya berilah sedikit komen pada entry tersebut, saya rasa ini paling bagus kerana setiap komen yang diberikan bagi saya merupakan tahap nilai dan respon pembaca ke atas sesuatu entry yang ditulis.

Ini sekadar pendapat sahaja, mungkin mereka yang komen di entrynya banyak, tak sanggup nak blogwalking balik ke semua blog yang bagi komen, kalau saya boleh la kot sebab komen pun tak lebih sepuluh..heheh. apapun bergantung kepada diri masing-masing lah yer.

p/s tetapi sesiapa yang reply comment di entry dan blogwalking sekali memang saya respect.

20 comments:

syuxer said...

salam perkenalan bro..bagi akula kan.. aku reply je komen tuh..kot2 takut ada email follow up komen kita tuh..heheh..:)..xpe sebagai usaha kita hargai komen mereka heheh

harrazdani said...

syuxer :betul...sbgi hargai komen mereka..aku setuju.

arituarini said...

kdg2 balas..kdg2 tak...(eh ramai ke yg komen kat blog aku..kah kah kah.)

tgok pada keadaan..nak balas sorg2 demam(klau ramai la yg komen)..balas stu komen utk semua je la..

Ratu Tak Cantik said...

saya reply je..bukannye blog saye byk sgt komen yg diterima huhu.. :) x kesahlah org tuh akan bukak balik ke x, tapi apa salahnya ye dak? :)

n lagi satu..tuan rumah ada spelling error la...tak tahulah sngaja atau tak, tapi bukan sepatutnya "reply" kan..bukan replay :)

harrazdani said...

arul : sama laaa..hahah
RTC : tq, memang kesilapan saya. sudah diperbetulkan.

liyana said...

tibe2 trase pla..hehe..sy reply jer komen dieorg wlopn kdg2 terpikir hmm..
dieorg bce ke x komen yg direply tu.//hehe

Ina said...

setuju...tak balas komen bukan bermakna x hargai...kita baca semua komen,cuma kdg2 tu rasa komen tu tak ada apa yang nak dibalas..kadang2 tu kita yang tinggal komen nie pun dah terlampau banyak sangat dah tak tau nak p yang mana satu tengok balik apa yang kita komen tu...

normala_ali said...

heheheh xpe la kalo dorang xbaca janji kita hargai sume entry dr blogger.. :)

kotak bulat said...

hehehe.. KB suka balas komen.. :P
kecuali lah xtau nak balas pe..jd senyap je.. :)

sobri yaacob said...

balas komen x blas komen ar..bgantung pada indvdu..
stkat ni sya the best la blas komen yg ada.. wlaupun komen 2 x bkaitan dgn entry yg dtlis..

Unknown said...

eyfa kadang2 balas kadang2 tak balas.ehhhehe

Abby Salvatore said...

haruslah dibalas komen pengunjung sebab dgn cara tu dpt mengeratkan sillaturahim sesama insan.kang disangka sombong pulak...BC akan reply!InsyaAllah..:)

Wanie said...

bergantung kepada komen jugak la...kalau komen tu memerlukan jawapan, sy reply. tapi kadang2 reply jgk sume. tak banyak pun komen, jd tak makan mase kalau nak reply sume..hehe

walopun tukang komen 2 x dtg tgk komen die balik..:D

Anonymous said...

aku x reply
biasa aku jawab kat entri br kalau leh masukkan

atau aku jawab kat fb...

atau aku memang x jawab


tp aku baca semua komen... dan aku luangkan masa singgah blog kawan2

Unknown said...

as salam bro...gua akan reply komen yang ada kt entry gua tu tapi dari pemerhatian gua blog2 otai ssh nak dtg balik kt blog gua sebagai tanda penghargaan sebab gua komen kat entry dia. Hmmmm sbb drg otai kot...

Abu Bagi said...

tak de la..kalau larat replay je la..kalau ta tak payah pun tak pe..

kecuali komen yg berbentuk soalan ..rasa serbah salah jugk kalau kita ignore kan..komon2 pun rply kat shotbox je la..

rasa2nya yg kita replay tu orng baca tak.. jrng yg datang balik nak tengok kita relay ke tak kan..heehehe

so trpulng la nak replay ke tak..
pndapt aku je la, sbb aku pun kdng reply kadang tak :)

cik azeya said...

saye balas je sebab kadang2 ada yang datang balik komen entri yang same kalau saye tak update entri baru.

:)

Ayie said...

Reply laa.. baru la kelihatan kta nih friendly.. ^^

Ca Ezah said...

ca balas jek semua..diorang dyg ke tak dtg xper la...ca pon kdg2 xdtg lagi sebab susah nak bkk emel.. :( bkn xmo bls..

mas saari said...

Mas lagi suka balas...

...dan orang balas komen Mas sbb Mas mesti akan datang balik utk baca balasan tersebut!